window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah

Mersita ยท Feb 19, 2021 07:00 PM

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah 01

Ingat lagi tak kes kanak-kanak bermain basikal lajak pukul 3 pagi yang dirempuh kereta di Johor Bahru empat tahun lalu? Lapan mangsa berumur antara 13 hingga 16 tahun meninggal dunia manakala enam mangsa lagi yang berumur antara 14 hingga 19 tahun mengalami kecederaan.

Sam Ke Ting, 26, pemandu Nissan Almera yang merempuh kumpulan geng basikal lajak ini dipanggil semula ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk pembelaan setelah pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie ke atas Sam. Keputusan ini dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam prosiding yang dijalankan semalam (18 Febuari 2021), Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwa keatas keputusan membebaskan Sam pada Oktober 2019 lalu. Kemudian, Majistret Zuhainie Zull Kafli menetapkan tarikh 9 Mei hingga 11 Mei untuk perbicaraan. Mahkamah menetapkan RM 10,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin dan mengarahkan Sam untuk menyerahkan lesen memandu serta paspotnya kepada mahkamah.

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah 01

Gambar: Bernama

Prosiding semalam dihadiri pasukan pendakwa Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Muhammad Syafiq manakala Sam diwakili peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar.

Imbas semula – pada 28 Oktober 2019, Majistret Siti Hajar Ali melepaskan Sam tanpa meminta pembelaannya setelah mendapati yang pihak pendakwa gagal menubuhkan kes prima facie keatas Sam.

Pada 10 November 2019, pihak pendakwa memfailkan notis rayuan keatas keputusan majistret tersebut.

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah 02

Gambar: IniBerita

Menurut laporan Says.com, keputusan Mahkamah Tinggi semalam dibuat tepat empat tahun selepas kemalangan tersebut berlaku, dimana Sam yang memandu keretanya pada awal pagi (3.30 am) 18 Febuari 2017 merempuh sekumpulan remaja yang bermain basikal lajak di jalan raya 3 lorong iaitu Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Mahkamah mengambil maklum yang keadaan jalan raya pada masa itu gelap, berbukit , dan berselekoh pada waktu kejadian. Majistret Siti Hajar Ali, dalam keputusannya pada Oktober 2019, berkata keadaan jalan raya pada masa itu adalah mustahil bagi si tertuduh untuk membuat jangkaan yang adanya geng berbasikal di jalan raya pada pukul 3 pagi.

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah 03

Gambar: Google Maps dari Says.com

“Berdasarkan bukti yang dikumpul pasukan penyiasat, terdapat sebuah pokok besar di laluan tersebut dan pencahayaan jalan malap, walaupun adanya lampu jalan di pembahagi jalan,” kata majistret tersebut.

Siti Hajar juga mendakwa yang sememangnya ada aduan pernah dibuat tentang perlumbaan basikal lajak di kawasan itu. Pengguna jalan raya yang tinggal di kawasan tersebut dikira sudah sedia maklum akan perkara itu. Tapi, tidak adil bagi kita untuk menjangkakan pemandu lain yang jarang-jarang menggunakan jalan tersebut untuk tahu tentang aktiviti basikal lajak itu.

Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah 04

Gambar: Bernama

Beliau juga dimaklumkan yang Sam bebas dari pengaruh alkohol dan bahan terlarang serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu pada malam itu. Setelah mengambil kira semua faktor ini, Sam dibebaskan dari dakwaan tersebut pada 2019 lalu.

Sam dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM 20,000 jika didapati bersalah.

Sumber: Says.com

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda