window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021

Haris · Dec 29, 2021 08:00 PM

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 01

Undian telah tamat untuk Anugerah Kereta Terbaik WapCar 2021, dan pemenang untuk Pilihan Pembaca boleh dilihat di sini. Sementara itu, sidang redaksi editorial WapCar juga telah mengundi kereta kegemaran masing-masing.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 02

Dalam kategori Kereta Mampu Milik Tahun 2021, Toyota Yaris nampaknya telah mengenapikan pesaingnya yang lain. Mengapa? Secara ringkas, Toyota Yaris menawarkan ciri-ciri kelengkapan yang baik merentasi SEMUA varian pada harga yang kompetitif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 01

Honda City Hatchback dilancarkan selepas undian dimulakan, justeru ia terlepas dalam senarai pendek kenderaan yang dijual secara aktif dalam tahun 2021. Walaupun begitu, pada hemat kami, jika City Hatchback diambil kira, ia masih tidak akan menjejaskan keputusan akhir.

Honda City Hatchback mempunyai beberapa ciri menarik, misalnya kerusi ULTRA dan reka bentuk dalaman yang cemerlang.

Namun, apa yang Toyota Yaris tawarkan sebenarnya lebih berbaloi jika dilihat pada harganya.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 02

Sebagai permulaan, Toyota Yaris mempunyai 7 beg udara sebagai standard, manakala Honda City Hatchback hanya menawarkan 4 beg udara dalam varian yang lebih rendah.

Suite ADAS dalam Toyota Yaris mempunyai pakej AEB, Lane Departure Alert (LDA), Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dilengkapi daripada varian E pertengahan dan seterusnya.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 03

Bagi Honda City Hatchback, anda perlu membeli varian RS yang teratas untuk mendapatkan sebarang bentuk ADAS seperti AEB, dan RS berkemungkinan mencecah RM 100k.

Baca: Rebiu: Honda City Hatchback RS 2022 di Malaysia – korang takkan rindu Jazz, Toyota Yaris perlu ‘up game’!

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 04

Lampu LED, kegemaran rakyat Malaysia

Selain itu, lampu depan LED adalah standard untuk Toyota Yaris, manakala varian rendah Honda City Hatchback hanya mendapat unit halogen.

Baca: PANAS: Honda Malaysia ‘tembak’ Toyota Yaris dalam iklan City Hatchback terbaru - bikin gaduh?

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 05

Selain itu, Toyota Yaris juga lebih murah daripada Honda City Hatchback, varian-ke-varian.

Harga Toyota Yaris bermula daripada RM 70,940 untuk varian J hingga RM 84,808 untuk varian G. Harga untuk City Hatchback pula, bermula daripada RM 75,670 untuk varian S hingga RM 87,860 untuk varian V.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 06

Model pra-facelift

Apa yang paling penting, kami menghargai keselesaan pemanduan Toyota Yaris. Suspensi ditala dengan hebat untuk melentur namun masih boleh dikawal melalui selekoh. Ia dapat memperkemas pemanduan di jalan yang tidak optimum tanpa kehilangan aspek ketenangan. Tambahan pula, kabin Toyota Yaris adalah antara kabin yang paling senyap di dalam kelasnya, mengikut ujian kami.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 07

Mengetepikan perkara objektif yang dinyatakan di atas, kami juga berpendapat bahawa Toyota Yaris merupakan salah satu daripada hatchback segmen B yang paling cantik dalam pasaran sekarang. Faktor rekaan ini sahaja mungkin telah memenangi satu atau dua undi.

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris - Pilihan kami untuk Kereta Mampu Milik tahun 2021 08

Ia tidak sempurna; bahagian dalamannya kelihatan lapuk tanpa sebarang inspirasi dan rangkaian kuasa boleh digambarkan sebagai 'lembut' berbanding agresif secara keseluruhan. Namun, melihat kepada nilai dan penghalusan yang ditawarkan Toyota Yaris, kami fikir ia masih merupakan model yang paling mudah disyorkan untuk kebanyakan pembeli.

Adakah anda setuju?

Baca: Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda