Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu!

Mersita · Jun 8, 2021 08:00 PM

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 01

Katakanlah anda baru sahaja membeli kereta terpakai yang nampak cantik dan elok pada mulanya, namun tiba-tiba pelbagai masalah mula muncul. Anda pun dengan dada berombak kencang terus terjah kedai penjual kereta terpakai berkenaan untuk ‘settle’ masalah ini.

Tapi, si penjual itu pula memberitahu anda yang masalah dihadapi kereta anda tidak dilindungi oleh waranti walaupun pada mulanya anda diberitahu kereta itu disertakan sekali dengan waranti 6 bulan.

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 02

Apa kes? Semasa anda membeli kereta terpakai tersebut, iklannya ada menyatakan yang penjual memberi waranti/jaminan keatas kereta-kereta terpakai yang dijual olehnya.

Iklan penjual menyatakan waranti sudah termasuk sekali?

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 01

Inilah contoh yang biasa kita dengar apabila berbincang tentang waranti yang diberi oleh penjual kereta terpakai. Seperti yang ramai sudah sedia maklum, jaminan ini seringkali kurang jelas dengan syarat-syaratnya yang pelbagai.

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 02

Bagi memahami perkara ini dengan lebih mendalam, anda perlu meneliti syarat waranti yang diberikan oleh penjual kereta terpakai.

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 03

Selalunya, pakej-pakej waranti ini hanya merangkumi bahagian-bahagian yang spesifik, contohnya enjin, kotak gear, dan sistem penyejukan enjin sahaja.

Baca juga: Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Oleh itu, misalnya kereta anda mengalami masalah dengan item/bahagian yang tidak tersenarai di dalam fasal waranti – contohnya brek atau sistem penghawa dingin – penjual kereta terpakai berkenaan boleh menolak tuntutan waranti anda. Penjual juga tidak akan melayan tuntutan waranti bagi item-item lusuh atau ‘wear and tear’.

Bolehkah penjual kereta terpakai beri syarat sebegitu?

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 04

Pakej-pakej waranti yang ditawarkan oleh penjual kereta terpakai bukannya dijamin oleh penjual itu sendiri, namun oleh pihak ketiga – selalunya syarikat insurans panel.

Oleh itu, pampasan untuk servis-servis waranti ini adalah mengikut kes-kes tertentu (case-by-case basis). Jika anda ada masalah dengan item-item yang dilindungi dengan waranti mereka, anda mungkin masih tak boleh buat tuntutan kerana ia diselubungi dengan bermacam-macam pengecualian.

Baca juga: Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Tapi, bukan itu saja...

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 05

Jika anda cukup bertuah dimana penjual kereta tersebut bersetuju untuk membaiki bahagian yang rosak dibawah waranti mereka, ada lagi satu rintangan yang anda perlu harungi: anda mesti membaiki kereta tersebut di bengkel yang disahkan oleh penjual itu sahaja.

Memang leceh, tapi sekurang-kurangnya ada perlindungan

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 06

Menggunakan perlindungan waranti adalah lebih bagus daripada tak ada waranti langsung. Malah, bagi kereta-kereta mahal, waranti yang disediakan oleh penjual kereta itu sendiri boleh dianggap sebagai pilihan bagus.

Takkanlah anda sanggup menghadapi masalah enjin atau kotak gear pada kereta mahal dalam masa enam bulan pertama, kan?

Kesimpulan

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 07

Apa-apa pun, perlindungan waranti yang disediakan sekali dengan kereta terpakai anda masih boleh dianggap sebagai tawaran yang bagus terutama sekali bagi kereta yang sudah habis warantinya. Tak kisahlah betapa lasaknya jenama kereta anda, kereta yang tidak dijaga dengan baik masih akan mengalami masalah. Kalau ada waranti, kurang sikitlah bebanan kewangan anda.

Seperti yang kami nyatakan tadi, eloklah kiranya jika anda teliti betul-betul terma dan syarat waranti kereta terpakai yang dibeli supaya anda faham jenis perlindungan waranti yang diberi ataupun yang tidak diberi.

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 08

Jika anda teruskan juga pembelian kereta terpakai yang didatangkan sekali dengan perlindungan ini, pastikan anda dapatkan dokumen hitam-putih bagi waranti yang diberi.

Ingat – waranti yang ‘cakap mulut’ saja tidak membawa makna apa-apa. Pastikan anda berkeras untuk dapatkan salinan dokumen waranti hitam-putih dari penjual kereta terpakai berkenaan.

Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu! 09

Selain itu, walaupun kereta terpakai anda disertakan sekali dengan waranti, ini tidak menjamin yang jarak tempuh atau ‘mileage’ kereta tersebut belum diubahsuai. Pemberian waranti selalunya tidak mengira sejarah kereta berkenaan.

Secara peribadi, kami beranggapan yang adalah lebih baik jika anda membeli kereta terpakai yang disertakan lengkap dengan sejarah penuh selenggara atau servis yang pernah dilakukan terhadap kereta berkenaan – sebaik-baiknya daripada pemilik kereta itu sendiri. Ini adalah bagi mengelakkan kes pengubahsuaian odometer ‘mileage’ kereta terpakai yang dibeli.

Anda mahukan lebih banyak tip untuk membeli kereta terpakai? Pilih dan klik saja mana-mana pautan di bawah dan ikuti kami di Facebook WapCar - BM untuk lebih banyak tip berguna!

Tips dan panduan membeli kereta/motosikal terpakai:

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau ‘mileage’ yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!

Jangan beli kereta ‘sambung bayar’ – risiko tinggi! Ini sebabnya.Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta?

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini

‘Adjust mileage’ dan hilangkan lampu ‘warning’ pada kereta terpakai, jaga-jaga!

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Berhati-hati dengan cas-cas tersembunyi apabila membeli kereta terpakai!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru