window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi?

Mersita ยท Jan 5, 2021 11:59 AM

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi? 01

Menyediakan jalan raya awam yang selamat adalah tanggungjawab pihak berwajib. Musim monsoon dan banjir kilat mengeruhkan lagi keadaan dimana lubang jalan tersembunyi serta jalan licin boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian.

Usah dikenang sistem perparitan yang teruk dan proses pembandaran yang pesat sehingga menyebabkan air semakin sukar menyusup keluar, lubang dan kerosakan nyata di jalan raya sering mengambil masa yang sangat lama untuk dibaiki. Endah tak endah, sehinggalah ada yang kehilangan jiwa dan tular di media sosial, barulah kita nampak batang hidung kon kerja penyelenggaraan didirikan serta merta.

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi? 02

Baru kurang dari seminggu kejadian menimpa Khairy Jamaluddin yang terlibat kemalangan disebabkan jalan berlubang. Pihak JKR pantas memohon maaf dan menampal lubang jalan tersebut.

Bukti betapa seriusnya masalah jalan berlubang ini malangnya dicerminkan dalam beberapa kes kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal baru-baru ini. Pada 3 Januari 2021, mangsa Ho Yan Yee (75 tahun) yang menunggang motosikal menuju ke Mid Valley dari Taman Connaught meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlanggar lubang jalan berisi air hujan pada sekitar 7.30 pagi hari itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa terhumban 30 meter semasa impak dan malangnya menyebabkan kematian warga emas itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan memohon maaf serta merta dan menampal lubang jalan tersebut dalam masa kurang 24 jam.

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi? 01

Ketua Pengarah JKR Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman memberi respon terhadap kecaman bertubi-tubi dari rakyat melalui media sosial dan beliau berkata aduan orang awam terhadap kecekapan jabatan itu “diambil dengan serius”.

Beliau juga berkata yang Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawah inisiatif "Aku Janji Zero Potholes" akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan raya berlubang dalam masa 24 jam setelah menerima aduan, dan dalam masa 3 hari bagi pembaikan kekal seperti yang tertulis di dalam kontrak Penyelenggaraan Jalan Persekutuan.

JKR juga memuatnaik satu ciapan di Twitter bagi menjelaskan persoalan tentang bidang kuasa yang bertanggungjawab bagi batang jalan tersebut.

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi? 02

Sumber berita: NST

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda