window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Warga Singapura bergegas ke bilik pameran bila COE bawah SGD 100k (RM 324k), kali pertama sejak Mei 2022!

Haris ยท Oct 11, 2022 08:00 PM

Warga Singapura bergegas ke bilik pameran bila COE bawah SGD 100k (RM 324k), kali pertama sejak Mei 2022! 01

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (Certificate of Entitlement) di Singapura menyaksikan penurunan ketara di bawah SGD 100,000 lantas pembeli kenderaan dilihat berpusu-pusu ke bilik pameran untuk melakukan pembelian.

Sijil itu diperoleh daripada bidaan serta memberikan hak kepada pemegang untuk mendaftar, memiliki dan menggunakan kenderaan di Singapura untuk tempoh 10 tahun. Apabila permintaan tinggi, kos COE boleh melebihi nilai kereta itu sendiri.

Warga Singapura bergegas ke bilik pameran bila COE bawah SGD 100k (RM 324k), kali pertama sejak Mei 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam laporan daripada Mediacorp.sg, warga Singapura kini sudah mula meninjau kenderaan yang mahu dibeli selepas harga COE menurun di bawah paras SGD 100,000 (RM 324,402).

Harga Sijil Kelayakan (COE) untuk kereta besar Kategori B jatuh kepada SGD 95,856 (RM 310,959), kali pertama dalam hampir lima bulan. 

Harga COE untuk kereta kecil Kategori A (bawah 1,600cc & 97kW) atau kereta elektrik sepenuhnya dengan output bawah 110kW juga jatuh, menurun sebanyak 4.17 peratus kepada SGD 80,501 (RM 261,147).

Warga Singapura bergegas ke bilik pameran bila COE bawah SGD 100k (RM 324k), kali pertama sejak Mei 2022! 01

Perodua di Singapura

Penurunan ini dipercayai adalah disebabkan oleh kekurangan pembida yang mahu membeli sijil COE berikutan daripada kenaikan inflasi yang berlaku di Singapura.

Sijil COE adalah diperlukan untuk memiliki dan memandu kenderaan di Singapura dan ia biasanya diambil kira dalam harga kenderaan yang dijual.

Walaubagaimanapun, harga sijil COE bagi motosikal meningkat kepada SGD 11,751 (RM 38,120), naik daripada SGD 11,589.

Baca: Harga COE naik lagi; kereta besar Kategori B kini dah RM 360k, tahun ini saja 2 kali rekod tertinggi!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda