window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wawa Wahid Enterprise naik berang atas isu saman ‘road tax’, dakwa disindir polis?

Mersita · Jun 18, 2021 12:30 PM

Wawa Wahid Enterprise naik berang atas isu saman ‘road tax’, dakwa disindir polis? 01

Seorang wanita dipercayai ahli perniagaan naik berang di sebuah lokasi sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kepayan/Jalan Pahlawan berdekatan IPK Sabah, Kota Kinabalu dan rakaman video kejadian itu telah tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian dipercayai terjadi pada 2 Jun 2021 pada 5.30 pm, dimana wanita yang dikenali sebagai “Wawa dari Wahid/Wahir Enterprise” itu dilihat memarahi anggota polis dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut rakaman video berkenaan, Wawa yang memandu sebuah Toyota Harrier berseorangan didapati memandu kenderaan dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh dan anggota polis dilihat sedang dalam proses mengeluarkan saman keatasnya.

Dia dilihat naik berang, meninggikan suara, dan membuat provokasi terhadap anggota polis ketika saman sedang diproses. Setelah seorang anggota polis diarah untuk menenangkan keadaan, Wawa masih berkeras dan memarahi anggota yang bertugas.

Susulan itu, dua keping saman dikenakan atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta insuran tamat tempoh.

Wawa Wahid Enterprise naik berang atas isu saman ‘road tax’, dakwa disindir polis? 01

Sumber: Semua Berita

Namun, penjelasan dari Wawa sendiri mengatakan bahawa dia ‘dibuli’ oleh anggota polis trafik yang katanya “menyindir-nyindir dan menghiris hati.” Dia mendakwa dia akur atas kesalahan memandu tanpa cukai jalan sah, namun dia kurang berpuas hati apabila terpaksa menunggu hampir 30 minit dan mendakwa polis “sengaja melambat-lambatkan saman”.

Setelah keluar dari kereta untuk mendapatkan penjelasan, anggota polis yang mengeluarkan saman berkenaan didakwa berkata “ada kuasa” dengan nada menyindir. Rakaman video yang tular itu juga menunjukkan bahagian dimana Wawa dilihat memarahi anggota polis berkenaan tanpa memperlihatkan kejadian yang terjadi sebelumnya.

Wawa Wahid Enterprise naik berang atas isu saman ‘road tax’, dakwa disindir polis? 02

Sumber: Semua Berita

Wawa mengakhiri penjelasannya dengan ucapan maaf kepada petugas yang terkesan dan memuji usaha pihak polis yang bertugas, dengan mengatakan “cuma pegawai yang satu itu saja bermasalah, tiada budi bahasa dan integriti” sehingga membuatkannya marah.

Apa yang sebenarnya berlaku? Yang pasti warganet harus mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum melontar tohmahan dan menularkan rakaman pergaduhan antara orang awam dan pihak berkuasa dengan kapsyen atau komen kurang enak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda