window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wee - tak cukup meyakinkan, melupus kereta berusia lebih 10 tahun belum sesuai dibuat di Malaysia

Faisal ยท Jun 20, 2022 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, kenderaan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sebanyak 34 juta. Dalam jumlah itu, hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan. Antara sebab kenapa yang selebihnya tidak berbuat demikian adalah pemilik atau pewaris hendak memegang nombor pendaftaran kereta lama mereka. Selain itu, mereka berhasrat untuk menggunakan kereta tersebut di kawasan perumahan sahaja.

Wee - tak cukup meyakinkan, melupus kereta berusia lebih 10 tahun belum sesuai dibuat di Malaysia 01

Secara tidak langsung, ruang yang diambil untuk meletak kereta-kereta ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Di samping itu, kereta-kereta lama yang masih diguna turut menyumbang kepada bilangan kenderaan di atas jalan raya. Bagi anda yang belum tahu, negara jiran seperti Singapura sudah lama melaksanakan dasar melupuskan kenderaan lama. Kesannya, lalu lintas di negara mereka tidak sesak langsung.

Wee - tak cukup meyakinkan, melupus kereta berusia lebih 10 tahun belum sesuai dibuat di Malaysia 02

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengulas bahawa dasar sedemikian belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana kita terlebih dahulu perlu ada jaringan pengangkutan di luar bandar atau kampung. Ketika ini, jaringan pengangkutan awam di Lembang Klang pun masih belum siap.

Juga bacaKesesakan trafik di KL makin teruk, DBKL sedang kaji sistem lampu isyarat 'segerak'

Wee - tak cukup meyakinkan, melupus kereta berusia lebih 10 tahun belum sesuai dibuat di Malaysia 03

Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa rakyat akan terbeban dengan dasar ini kerana perlu menukar kereta setiap 10 tahun. Kebanyakan kereta pula masih berfungsi dengan baik walaupun sudah berusia 10 tahun.

Katanya juga, “Kalau betul-betul hendak dilaksanakan, dasar automotif negara perlu dirombak semula kerana ia secara tidak langsung akan menyebelahi pemilikan kereta buatan Malaysia sahaja”.

Sumber: Berita Harian

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda