window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik!

Khairil · Jan 25, 2022 01:00 PM

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 01

WithU RNF Yamaha MotoGP dengan bangganya menayangkan jentera lumbanya dengan 'livery' pasukan itu yang bakal berentap di kempen MotoGP 2022 dalam satu majlis tertutup di Verona, Itali, tengah malam tadi.

Seperti diketahui, pasukan WithU RNF Yamaha MotoGP adalah pasukan yang dijenamakan semula daripada pasukan Sepang Racing Team (SRT) susulan penarikan penaja utamanya Petronas.

Juga baca: RNF Racing, inspirasi dan bukti kasih sayang Razlan Razali kepada keluarga!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 01

Justeru, tiada lagi warna ikonik 'teal' dan digantikan dengan skema warna biru dan hitam dengan jentera itu akan dipacu dua pelumba, Andrea Dovizioso dan pendatang baharu, Darryn Binder.

Pengasas dan Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali menyifatkan majlis berkenaan sebagai detik penuh emosi buatnya dan pasukan.

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 02

Andrea Dovizioso (Kanan) dan Darryn Binder

"Kami sedang membina dan menjenamakan semula bersama pelumba kami tahun ini, Andrea Dovizioso dan Darryn Binder dengan sasarannya adalah untuk menjadi kompetitif, mengejutkan semua orang dan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat kami," kata Razlan.

Juga baca: Tiada lagi SRT di MotoGP musim depan, 'pasukan negara' dijenama semula kepada RNF MotoGP Racing!

"Bagi musim 2022, sasaran kami adalah untuk sekurang-kurangnya menjadi pasukan 'Independent' terbaik. Kami juga mahu mencabar gelaran 'Rookie of the Year' sekalipun kami tahu cabarannya besar dengan 5 muka baharu pada 2022 dan Darryn menjadi satu-satunya pelumba yang 'melompat' daripada pelumba Moto3 ke MotoGP."

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 03

Andrea Dovizioso

Sekalipun musim 2022 secara teknikal akan menjadi musim sulung buat pasukan RNF di MotoGP, ia sebenarnya dibina daripada asas pasukan Petronas SRT yang berjaya merekodkan 6 kemenangan GP dan 15 podium bersama bekas pelumbanya, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Pada musim lalu, pasukan itu menggunakan khidmat pelumba legenda, Valentino Rossi namun tidak berjaya meraih keputusan membanggakan.

Juga baca: Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 04

Darryn Binder

Turut menyertai Razlan di grid perlumbaan RNF adalah pengurus pasukan, Wilco Zeelenberg dan Ketua Krew, Ramon Forcada.

Pada musim ini, Dovizioso akan menggunakan jentera spesifikasi terkini Yamaha YZR-M1, jentera sama yang digunakan pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP yang dipacu Quartararo dan Morbidelli musim ini.

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 05

Begitupun, pelumba kelahiran Afrika Selatan, Binder akan menggunakan jentera spesifikasi sebelum ini.

WithU RNF Yamaha MotoGP tayang 'livery' musim 2022, Razlan sasar gelaran 'Independent' terbaik! 06

Peminat di Malaysia boleh menyaksikan kelibat jentera ini di Litar Antarabangsa Sepang ketika sesi ujian yang dijadual berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari ini.

Juga baca: WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!

Sumber imej: WithU Yamaha RNF Motogp Team


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda