window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k!

Khairil ยท Oct 20, 2021 06:00 PM

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 01

Syarikat pengeluar motosikal tempatan, WMoto mengemaskini penawaran untuk model kapcai popularnya, WM120 2021 yang kini tampil dengan rekaan grafik lebih menarik dengan penawaran harga asas RM 3,788.

Tiga pilihan warna dikekalkan iaitu hitam, biru dan merah namun bagi menyerlahkan visual model berkenaan, corak grafiknya dikemaskini dan tampak lebih premium serta menyegarkan.

Juga baca: 'Super moped' WMoto sudah dipatenkan, lagi pencabar Y16ZR, Winner X bakal tiba!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 01

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal berbanding versi sebelumnya.

WM110 2021 masih dikuasakan enjin 109 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Udara, 4 Lejang, SOHC yang patuh piawaian emisi Euro 3 dengan kuasa yang dihasilkan 7.1 Hp pada 8,000 rpm dan tork 7.2 Nm pada 6,000 rpm. 

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 02

Dari sudut suspensi, WMoto WM110 2021 menggunakan suspensi jenama Kayaba (KYB) yang memberikan tahap prestasi pengendalian, kestabilan dan keselamatan perjalanan yang lebih tinggi. 

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 03

Ciri-ciri keselamatan boleh dianggap memuaskan dalam kelas dan harganya dengan WM110 menggunakan brek cakera pada roda hadapan yang meningkatkan keselamatan penunggang semasa membrek.

Juga baca: Wmoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 04

Informasi menarik lain terhadap WMoto WM110 2021 ialah ia memiliki lampu hadapan yang terang dengan kapasiti tangki minyak sebesar 4 liter. Menurut WMoto, kapcai ini sesuai untuk kegunaan harian dengan penggunaan minyak 55 km untuk seliter pada kelajuan purata 80-90 km/j.

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 05

Kepada yang berminat, WM110 2021 sudah boleh didapati di mana-mana cawangan pengedar sah MForce di seluruh Malaysia bermula hari ini.

WMoto kemaskini 'kapcai' WM110 2021, corak grafik baharu, harga RM 3.7k! 06

Tempoh jaminan yang disediakan pengeluar adalah selama dua tahun atau jarak
perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda