window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

Khairil ยท Mar 15, 2021 11:00 AM

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 01

Selepas hampir dua minggu berteka-teki, WMoto akhirnya melancarkan model terbaharu jenama berkenaan iaitu skuter maxi bersesaran 247 cc, WMoto RT3 yang datang dengan tawaran harga menarik RM 15,188.

Majlis pelancaran itu dilakukan di laman sosial Facebook rasmi WMoto selain laman YouTube rasmi MForce TV, malam tadi secara maya.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti dijangka, selain datang dengan reka bentuk yang ekslusif, WMoto RT3 turut tampil dengan pelbagai ciri-ciri terkini dan moden yang dapat memenuhi kehendak penggemar skuter maxi di negara ini.

Tampil dengan enjin bersesaran 247 cc, 4 Injap, Suntikan Bahan Api EFI, 4 Lejang, DOHC, ia memberikan kuasa yang cukup bagi sebuah skuter maxi iaitu 23 Hp pada 8,000rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,500 rpm.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 01

Antara ciri menarik yang paling menonjol pada WMoto RT3 adalah penggunaan teknologi kunci pintar. Selain digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa mengeluarkan kunci, ia juga lebih selamat.

Seperti skuter moden lain, enjinnya turut mendapat pengiktirafan piawaian emisi Euro 4. Mempunyai tangki bahan api berkapasiti 17 liter, ia sangat sesuai untuk perjalanan lebih jauh dan mengelakkan dari kekerapan mengisi petrol.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 02

Dari sudut tunggangan, WMoto RT3 menggunakan suspensi hadapan jenis teleskopik dan di bahagian belakang menggunakan penyerap hentakan berkembar boleh laras. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan, skuter ini menggunakan brek cakera depan dan belakang yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dari jenama Bosch.

Seperti skuter maxi lain, WMoto RT3 memiliki ruang simpan bawah tempat duduk yang luas untuk menempatkan sebuah topi keledar, baju hujan dan barangan peribadi. Ruang simpanan itu turut mempunyai lampu LED.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 03

Selain itu, ia turut datang dengan pengecas dua soket pengecas yang terletak di ruang simpanan hadapan dan turut dilengkapi dengan lampu latar bewarna biru pada setiap butang kawalan yang terletak pada kedua-dua belah bar hendal.

Sebagai tambahan, WMoto RT3 turut menggunakan cermin sisi yang boleh dilipat dan dilaraskan bagi mengelak kerosakan ketika di parkir manakala tuas breknya juga boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 04

Antara ciri-ciri menarik lain adalah sarung tempat duduk anti-licin, grip frame mudah alih dengan kapasiti berat 5 kg manakala penggunaan tayar bersaiz 120/70-15 bagi roda hadapan dan 140/60-14 bagi roda belakang.

Tidak seperti Zhongshen Cyclone RT3 terbaharu yang menggunakan paparan panel TFT, paparan speedometer WMoto RT3 adalah gabungan digital dan analog bersama enam pilihan warna untuk paparan iaitu merah, ungu, jingga, biru, kuning dan putih.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 05

Kepada yang berminat, skuter WMoto RT3 ini sudah berada di semua premis pengedar sah MForce dengan tiga pilihan warna eksklusif iaitu Matte Grey, Glittery Blue dan Red.

WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188 06

Harga yang ditawarkan, RM 15,188 adalah asas tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Begitupun, ia hadir dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda