window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto lancarkan satu lagi model skuter Ahad ini, berkuasa 250 cc?

Khairil ยท Mar 8, 2021 07:00 PM

WMoto lancarkan satu lagi model skuter Ahad ini, berkuasa 250 cc? 01

WMoto baru saja melancarkan sebuah model skuter, ES125 bulan lalu. Dan hujung minggu ini (14 Mac 2021), jenama motosikal keluaran MForce Bike Holdings (MForce) itu akan mengeluarkan sebuah lagi model skuter.

Begitupun menariknya, ia hadir dengan sesaran enjin lebih berkuasa, berkemungkinan dalam segmen Maxi 250 cc.

Berdasarkan daripada imej teaser terbaharu daripada WMoto di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, pelancaran itu dibuat mengikut norma baharu iaitu secara maya menerusi siaran langsung di YouTube MForce TV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga boleh ditonton menerusi laman Facebook rasmi WMoto Malaysia bermula jam 8.00 malam.

WMoto lancarkan satu lagi model skuter Ahad ini, berkuasa 250 cc? 01

Imej hadapan ZONGSHEN RT3 (Kiri) dan teaser terbaru WMoto.

Begitupun berdasarkan imej teaser terbaharu itu, ramai pengikut WMoto di Facebook menyatakan ia mirip lampu depan sebuah model skuter buatan China iaitu ZONGSHEN RT3.

Jika benar, ia selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh syarikat berkenaan pada 'posting' yang dibuat mereka di Facebook sebelum ini iaitu 'Something big is coming March 2021'.

WMoto lancarkan satu lagi model skuter Ahad ini, berkuasa 250 cc? 02

ZONGSHEN RT3

Mengulas ringkas model ZONGSHEN RT3, ia dikuasakan enjin bersesaran 250 cc, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api. Ia turut datang dengan teknologi ABS, Penghidup tanpa kunci, lampu LED dan sebagainya.

Selain datang dengan teknologi model dan terkini, motosikal berkenaan juga mempunyai reka bentuk yang menarik dan sporty.

WMoto lancarkan satu lagi model skuter Ahad ini, berkuasa 250 cc? 03

Antara ciri-ciri ZONGSHEN RT3.

Ketika ini, antara model yang bersaing dalam segmen skuter 250 cc di pasaran Malaysia ialah Modenas Elegan 250 ABS bersama Yamaha XMax.

Sebagai info, Yamaha XMax terbaharu hadir pada tanda harga manakala RM 21,500 manakala Modenas Elegan 250 ABS 2020 lebih mampu milik iaitu pada harga RM 15,315.

Dan jika benar ia adalah dalam segmen berkenaan, apa yang diharapkan adalah ianya mampu milik seperti model lain yang syarikat itu keluarkan sebelum ini. Apapun, segalanya masih khabar angin dan kita tunggu saja pelancarannya pada Ahad ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda