window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto Xtreme 250 sedang jalani ujian, jangka lancar 2022!

Khairil ยท Aug 6, 2021 04:00 PM

WMoto Xtreme 250 sedang jalani ujian, jangka lancar 2022! 01

Segmen skuter 'Adventure' atau ADV di pasaran Malaysia tambah meriah susulan pelancaran WMoto Xtreme 150i bulan lalu. Belumpun reda, syarikat berkenaan mendedahkan bakal memperkenalkan versi 'abang' kepada model berkenaan, Xtreme 250 pada tahun depan.

Perkembangan menarik itu diumumkan sendiri pengedar rasmi jenama berkenaan, MForce Bike Holdings (MForce) dalam satu kenyataan.

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WMoto Xtreme 250 sedang jalani ujian, jangka lancar 2022! 01

Imej render WMoto Xtreme 250 oleh MForce

Ketibaan WMoto XTreme 250 ini selaras dengan pelan MForce yang merancang untuk mengeluarkan barisan model baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Lebih mengujakan, skuter yang bersesaran 250 cc itu ketika ini sedang menjalani ujian ketahanan bagi mendapatkan VTA (Vehicle Type Approval) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

WMoto Xtreme 250 sedang jalani ujian, jangka lancar 2022! 02

WMoto Xtreme 150i

Menurut MForce lagi,  model terbaharu ini akan menampilkan spesifikasi, teknologi dan rekaan yang lebih unggul dan maju.

MForce berkata, penghasilan WMoto Xtreme 250 juga adalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan skuter lebih berkuasa tanpa menaiktaraf lesen memandu mereka.

Juga baca: Perincian SYM Jet X 150 (2021) didedahkan, dua varian, harga bermula RM 8,888!

Bersama kenyataan turut dilampirkan bersama imej render skuter berkenaan. Dan berdasarkan foto yang didedahkan, WMoto XTreme 250 itu tampak mirip motosikal skuter ADV Honda, Honda ADV 150.

WMoto Xtreme 250 sedang jalani ujian, jangka lancar 2022! 03

Imej render skuter buatan Longjia

Begitupun, selepas diselidiki, ia berkemungkinan skuter keluaran syarikat negara Tembok Besar,  Ningbo Longjia Motorcycle Co. Ltd.

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi skuter berkenaan diumumkan ketika ini namun perkembangan ini jelas sesuatu yang dinanti-nantikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda