Wow, peluang menang Yamaha MT-25 berserta 'sign' Hafizh Syahrin dengan sertai peraduan Rider Raya Bergaya Grab Malaysia!
Khairil · May 14, 2021 11:00 AM
Anda minat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan motosikal Yamaha MT-25? Ini peluang terbaik anda untuk mendapatkan 'kedua-duanya' dengan menyertai peraduan Rider Raya Bergaya bersama Grab Malaysia.
Hadiah utama berkenaan, iaitu jentera Yamaha MT-25 dengan tandatangan Hafizh Syahrin itu adalah sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM 150,000 yang ditawarkanoleh Grab Malaysia.
Selain hadiah utama, lima hadiah tempat kedua turut ditawarkan iaitu wang tunai atau bitcoin setiap satu bernilai RM 10,000.
Hadiah wang tunai saguhati RM 1,000 dan RM 500 turut diberikan kepada para pemenang bertuah.
Untuk menyertai peraduan ini, syaratnya adalah anda perlu menjadi Rakan-Penghantar Grab atau referral (rujukan) kepada Rakan-Penghantar baru mengaktifkan diri dan mengambil beg penghantarannya.
Lebih banyak referral/rujukan atau job dengan Grab, lebih cerahlah peluang anda untuk menang!
Hadiah utama berupa Yamaha MT-25 dengan tandatangan Hafizh Syahrin
Dan jangan risau, rakan-penghantar sedia ada turut berpeluang untuk menyertai peraduan ini yang bermula dari 24 April hingga 31 Mei 2021 ini dengan hanya melengkapkan slogan.
Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mampan dan produktif.
Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan ketika rumah terbuka Grab yang dibuat secara maya pada 5 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen