window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika...

Khairil · Nov 11, 2022 07:30 PM

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 01

Ducati sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP 2022 minggu lalu di Valencia dan pengeluar motosikal ikonik Itali itu berpeluang menambah gelaran dunia di pentas WSBK 2022 di Mandalika, seawal esok.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 02

Alvaro Bautista

Menuju pusingan ke-11 Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Mandalika, Indonesia, pelumba Ducati yang juga pendahulu kejuaraan, Alvaro Bautista memiliki jurang besar 82 mata di depan pencabar terdekatnya dari Yamaha, Toprak Razgatlioglu.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 03

Toprak Razgatlioglu

Realistiknya, hanya tiga pelumba masih mampu bergelar juara dunia WSBK musim ini dan selain Bautista yang mengumpul 507 mata dan Razgatlioglu (425 mata), pemburuan turut diisi pelumba Kawasaki, Jonathan Rea (409 mata).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 01

Jonathan Rea

Secara teori, Bautista yang sudah mengumpul 14 kemenangan sepanjang musim ini boleh mengesahkan kejuaraan jika dia berjaya meningkatkan jurang sebanyak 17 mata terhadap Razgatlioglu dan 1 mata ke atas Rea.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 02

Alvaro Bautista

Situasi itu membuatkan pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak perlu menunggu sehingga pusingan akhir di Australia untuk bergelar juara dunia.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 03

Toprak Razgatlioglu

Sebagai permulaan dan info kepada yang tidak tahu, perlumbaan WSBK terbahagi kepada tiga perlumbaan iaitu Perlumbaan 1 pada Sabtu diikuti perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 pada Ahad.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 04

Jonathan Rea

Untuk Perlumbaan 1 dan 2, juara memperoleh mata maksimum 25 mata manakala Perlumbaan Superpole, juara akan mengumpul 12 mata.

Dan untuk Bautista bergelar juara, senarionya perlu seperti berikut:

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 05

Perlumbaan 1

  • Jika Bautista menang dan Razgatlioglu menamatkan perlumbaan di tangga ke-8 atau lebih rendah, Bautista akan dinobat juara.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 06

Superpole

  • Senario 1 - Jika Bautista menang Perlumbaan 1 dan Razgatlioglu di tangga ke-2, Bautista perlu memenangi Perlumbaan Superpole untuk bergelar juara dunia.
  • Senario 2 - Jika Razgatlioglu menang Perlumbaan 1 dan Bautista di tangga ke-2, Bautista perlu menang Perlumbaan Superpole dan Razgatlioglu perlu menamatkan aksi di tangga ke-9 atau lebih rendah untuk menjulang takhta.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 07

Perlumbaan 2

  • Senario 1 - Jika Bautista menang dan Razgatlioglu kedua pada Perlumbaan 1 dan menang Perlumbaan Superpole, Bautista perlum menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 untuk mengesahkan kejuaraan.
  • Senario 2 - Jika Razgatlioglu menang Perlumbaan 1 dan menang Perlumbaan Superpole dengan Bautista di tangga kedua di kedua-dua perlumbaan, Bautista perlu menamatkan Perlumbaan 2 di tangga ke-3 untuk mengesahkan kejuaraan.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 08

Bagi Razgatlioglu yang juga penyandang juara dunia WSBK, dia tidak boleh memiliki kurang 62 mata dengan Bautista jika mahu mengheret perebutan kejuaraan ke Australia.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 09

Untuk Rea pula, situasinya lebih rumit apabila perlu berharap Bautista tidak mengumpul sebarang mata di Indonesia jika mahu kekal sebagai pencabar kejuaraan secara matematik menuju ke Phillip Island.

Jika Bautista menjulang gelaran dunia WSBK 2022 di Mandalika, ia akan menjadi sejarah buat Ducati apabila mereka menjuarai gelaran dunia MotoGP dan WSBK serentak dalam semusim.

WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika... 10

Kejuaraan dunia Bautista turut memberikan Ducati gelaran dunia WSBK pertama pasukan itu sejak 2011 yang dimenangi Carlos Checa.

Sumber: Crash.net

Sumber imej: FB WorldSBKAlvaro Bautista ArceToprak RazgatlıogluJonathan Rea

Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda