window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R

Khairil · Mar 27, 2022 03:30 PM

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 01

Penantian peminat sukan permotoran dua roda negara menyaksikan Hafizh Syahrin Abdullah menunggang jentera yang bakal digunakan di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022, Honda CBR1000RR-R akhirnya berakhir.

Bekas pelumba MotoGP negara itu berlepas ke Sepanyol untuk menjalani sesi latihan pra-musim WSBK di Litar Catalunya untuk merasai sendiri pengalaman menunggang jentera kelas perdana Honda itu.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 01

Keterujaan itu dikongsikan oleh Hafizh yang beraksi bersama pasukan MIE Racing Honda di laman media sosial miliknya selain di laman sosial rasmi WSBK sendiri.

@officialfanhafizhsyahrin Mission Impossible @hafizhsyahrin_55 #WorldSBKTest #MIERacingJapan #Honda #HafizhSyahrin #SekPejuang #P35CAO #HS35 #teamHS #WorldSBK ♬ Mission Impossible (Main Theme) - Favorite Movie Songs

Ia turut memperlihatkan Hafizh memberikan 'input' kepada pasukannya mengenai jentera berkenaan di atas litar selain berbincang bersama rakan sepasukannya, Leandro Mercado dari Argentina.

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 02

Susulan perkongsian itu, peminat tempatan mulai memberikan kata-kata semangat buat pelumba berusia 27 tahun itu.

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 03

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 04

Hafizh terpaksa menunggu lebih lama untuk menunggang jentera yang bakal digunakan pada perlumbaan berkenaan kerana menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R 05

Musim lalu, pasukan MIE Racing Honda hanya mempertaruhkan seorang pelumba iaitu Mercado yang menamatkan saingan di tangga ke-21 keseluruhan WSBK.

Kempen WSBK 2022 akan membuka tirai secara rasmi di Litar Aragon dari 8 hingga 10 April ini.

@officialfanhafizhsyahrin ✊🏻💨💨 @hafizhsyahrin_55 #WorldSBK #teamHS #HS35 #P35CAO #SekPejuang #HafizhSyahrin #Honda #WorldSBKTest #ELP35CAO ♬ bunyi asal - OfficialFanClubHafizhSyahrin55

Juga baca: RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda