window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN!

Haris ยท Jan 16, 2023 11:00 AM

Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN! 01

Begitulah kepentingan kenderaan elektrik asas yang mampu dimiliki oleh pengguna. Berikutan pengenalan Wuling Air EV di Indonesia, negara tersebut kini telah menjadi negara dengan jualan kenderaan elektrik kedua terbanyak di Asia Tenggara - selepas Thailand. 

Wuling Motors adalah pengeluar kereta China hasil daripada usaha sama antara SAIC Motor, General Motors, dan Liuzhou Wuling Automobile Industry Co Ltd. Syarikat ini mempunyai kilang pengeluaran di Cikarang, Indonesia yang menghasilkan Wuling Air, MPV kompak (Multi Purpose Vehicle) yang direka khusus untuk pasaran Asia Tenggara.

Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wuling Air terkenal dengan kabin dalaman yang luas, efisiensi tenaga dan harga yang berpatutan. Spesifikasi untuk pasaran Indonesia adalah seperti berikut.

Spesifikasi Wuling Air EV
Varian Kuasa (PS) Bateri (kWh) Jarak Gerak
Standard Range 41 17.3 200 km
Long Range 62 26.7 300 km

Menurut Wuling, Air EV mempunyai jarak gerak sehingga 260 km dengan sekali caj, berdasarkan standard ujian NEDC, dan boleh dicas semula menggunakan soket isi rumah konvensional melalui pengecas AC dalam masa kira-kira 8.5 jam dengan input serendah 2kW.

Baca: 2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik!

Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN! 01

Wuling Air EV dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti Hill Start Assist, Pengurusan Tenaga Pintar dan Sistem Brek Regeneratif. Ia juga mempunyai beberapa ciri keselamatan, termasuk Kawalan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-kunci, dan beg udara berkembar.

3 varian ditawarkan untuk pasaran Indonesia adalah seperti berikut:

  1. Wuling Air EV Standard Range - Rp 238 juta (RM 68,044)
  2. Wuling Air EV Long Range - Rp 295 juta (RM 84,340)
  3. Wuling Air EV Long Range + Charging Pile - Rp 311 juta (RM 88,915)

Wuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN! 02

Kedudukan Indonesia ditempat kedua menyumbang 25.2 peratus daripada jumlah pasaran EV penumpang di seluruh ASEAN. Jualan terbesar hadir pada suku ke-3 2022, sejak Wuling Air ev mula dipasarkan secara rasmi di negara ini.

Dipetik dari Seasia, pertumbuhan EV di Indonesia sedang diperhatikan oleh banyak pengeluar kereta elektrik global. Kebanyakan pengeluar kini berminat untuk membina kemudahan pemasangan untuk pengeluaran bateri EV. Ini menjadikan Indonesia pengeluar EV yang penting di ASEAN.

Thailand direkodkan sebagai negara yang mempunyai penggunaan kereta elektrik terbesar. Pegangan pasarannya malah mencapai hampir 60 peratus. Manakala Indonesia menduduki tempat kedua dan diikuti oleh Singapura di tempat ketiga.

Baca: Hyundai Ioniq 5 edisi First 100 - kereta elektrik pertama CKD Singapura, servis percuma dan waranti bateri 10 tahun!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia