window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong

Haris ยท Dec 22, 2021 12:30 PM

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 01

Menjelang tahun 2022, satu lagi jenama automotif China akan mula bertapak di Malaysia. Kali ini, giliran Guangzhou Automobile Group Co., Ltd, (GAC Motor) pula membuka bilik pameran di sini.

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 02

GAC GS3 Power

Menurut sumber yang arif dengan perkara tersebut, Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) akan menubuhkan anak syarikat baharu untuk mewakili GAC Motor. Nampaknya, model GAC tidak akan dijual melalui Angka-Tan atau Edaran Tan Chong Motors, di mana masing-masing mengedarkan model kenderaan JMC dan Nissan.

Baca: Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 01

Imbas kembali pada bulan Disember 2020 tahun lepas, TCMH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GAC untuk menilai kemungkinan TCMH mengedarkan kenderaan GAC Motor di Malaysia dan Vietnam.

Baca: Selepas Wuling, Tan Chong menandatangani MoU dengan GAC China (Trumpchi), masuk ke Malaysia dan Vietnam

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 02

Kredit gambar: Jad BG

Sebulan kemudian, gambar intipan GAC Trumpchi GS3 Power muncul, memberi bayangan bahawa TCMH sememangnya mempunyai rancangan untuk memperkenalkan SUV segmen B ini di Malaysia.

Baca: Spyshot: Hampir pasti GAC Trumpchi GS3 Power sedang dipandu uji di Malaysia!

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 03

GAC Trumpchi GS3 Power boleh dimiliki dalam beberapa pilihan trenkuasa, antaranya enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 163 PS dan 235 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Terdapat juga versi 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 168 PS dan 265 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 04

Pada masa ini, satu-satunya pasaran di mana GAC Motor beroperasi di rantau ASEAN ialah Filipina. Walaupun model GS3 ini ada ditawarkan di sana, ia adalah varian yang berbeza sama sekali ditambah pula GAC tidak menyediakan model pemanduan sebelah kanan untuk mana-mana pasaran RHD. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa Malaysia menjadi pasaran RHD pertama di dunia untuk GAC Motor.

X50 tak boleh duduk selesa! GAC Motor disahkan tiba di Malaysia - jenama China kedua dari Tan Chong 05

Trumpchi GA8

Bukan setakat itu sahaja, portfolio produk GAC tidak hanya terhad dengan SUV sahaja. Syarikat yang berpengkalan di Guangzhou itu juga menawarkan beberapa MPV dan sedan bergaya di China, termasuk MPV - GAC GM6 dan sedan - GAC GA8.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda