window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Xinyi Glass labur RM 1.5 bilion besarkan kilang kaca kenderaan di Jasin, sasar tingkatkan eksport

Mersita ยท Dec 30, 2021 04:00 PM

Xinyi Glass labur RM 1.5 bilion besarkan kilang kaca kenderaan di Jasin, sasar tingkatkan eksport 01

Pengeluar kaca terbesar Asia, Xinyi Glass Holdings Ltd, akan membuat pelaburan bernilai kira-kira RM 1.5 bilion untuk pembinaan dua buah kilang baru di Elkay Industrial Park, Lipat Kajang.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kilang baru yang akan menghasilkan kaca bagi kegunaan industri otomotif ini akan dibina di tapak berkeluasan 52.61 hektar di pusat perindustrian Jasin itu. Pembinaannya dijangka akan bermula dalam masa enam bulan akan datang.

Xinyi Glass labur RM 1.5 bilion besarkan kilang kaca kenderaan di Jasin, sasar tingkatkan eksport 02

Kilang Xinyi Glass di Lipat Kajang, Jasin, Melaka

Xinyi merancang untuk meluaskan operasi mereka di kawasan itu dengan penanaman modal tambahan berjumlah kira-kira RM 1.5 bilion dalam masa terdekat, katanya selepas lawatan ke kilang Xinyi semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laman web Xinyi Glass, syarikat itu ialah salah satu pengilang kaca otomobil terbesar di dunia yang menghasilkan kaca kenderaan pemantul haba Solar X, kaca HUD (head-up display), cermin depan berlamina, ‘tempered glass’, kaca pemanas, dan lain-lain.

Xinyi Glass labur RM 1.5 bilion besarkan kilang kaca kenderaan di Jasin, sasar tingkatkan eksport 01

Foto: Hong Kong Business

Syarikat yang berpengkalan di Hong Kong itu telah membawa masuk pelaburan berjumlah RM 2.2 bilion sejak mula beroperasi di Melaka pada 2016. Penambahan kilang ini juga dijangka akan meningkatkan ekonomi setempat dan membuka kira-kira 800 peluang pekerjaan baru bagi penduduk Melaka.

Dengan penambahan kapasiti penghasilan dari kilang baru ini, pelabuhan Tanjung Bruas di Tanjung Kling juga dijangka akan menerima pelaburan dari Xinyi yang akan menggunakan pelabuhan tersebut sebagai laluan untuk mengeksport kaca ke luar negara.

Xinyi Glass labur RM 1.5 bilion besarkan kilang kaca kenderaan di Jasin, sasar tingkatkan eksport 02

Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan menjalankan perbincangan bersama pihak pengurusan Tanjung Bruas Port, Melaka Waterfront Economic Zone, dan agensi terlibat dalam masa dua minggu lagi untuk menyelaraskan usaha bagi penaiktarafan fasiliti di pelabuhan tersebut.

“Jumlah pelaburan akan bergantung kepada kapasiti fasiliti yang akan dibangunkan. Kami anggarkan kos untuk projek menaiktaraf pelabuhan itu adalah antara RM 1 bilion ke RM 2 bilion,” tambah Ab Rauf.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda