window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia?

Khairil ยท Jan 31, 2023 01:00 PM

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 01

Yadea, syarikat pengeluar motosikal/skuter terkemuka China, baru-baru ini melancarkan skuter elektrik terbaharu jenama itu, Yadea M6L (2023) yang direka fokus untuk penggunaan dalam bandar.

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 02

Menurut syarikat itu, Yadea M6L (2023) dibangunkan menerusi kombinasi kualiti, prestasi dan tahap keselamatan tinggi dan disasar memberikan pengalaman tunggangan baharu yang lebih meyakinkan kepada pembeli.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 01

Sebagai permulaan, kerangka skuter elektrik ini dihasilkan daripada keluli 'cold-rolled structural' dan dioptimumkan dengan teknologi CAE. Selain itu, ia turut menjalani ujian getaran yang ekstensif serta kawalan kestabilan elektronik bagi memastikan ketahanannya.

Memacu Yadea M6L (2023) adalah motor elektrik baharu yang dibangunkan syarikat itu. Motor itu dikuasakan bateri lithium-ion 60V, 20Ah yang memiliki kapisiti 1,200Wh dengan berat 10 kg. 

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 02

Seperti kebanyakan skuter elektrik lain, bateri yang digunakan boleh dibuka dan dicas di lokasi berasingan atau dicas ketika bateri masih berada di skuter. Bateri itu juga menurut Yadea boleh dicas menggunakan soket pengecas standard di rumah.

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 03

Berbalik kepada motor elektrik yang digunakan, skuter yang skuter ini datang dengan dua mod tunggangan ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,500W yang bersamaan 2 Hp. Dan kelajuan tertinggi skuter ini adalah 45 km/j dan jarak perjalanan maksimum sejauh 70 km.

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 04

Di bahagian ssuspensi, ia menggunakan fork teleskopik dengan jarak travel 70 mm (depan) dan penyerap hentak berkembar dengan jarak travel 60 mm (belakang). Sistem brek menggunakan cakera (depan) dan dram (belakang).

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 05

Yadea belum mengumumkan harga rasmi bagi Yadea M6L tetapi mengikut media automotif luar negara, harganya dijangka sekitar 2,240 euro (RM 10,324).

Seperti pernah kami laporkan sebelum ini dan berdasarkan informasi yang diperoleh, syarikat pengedar motosikal negara MForce Bike Holdings (MForce) katanya akan menjalinkan kerjasama dengan Yadea untuk membawa masuk skuter elektrik ke pasaran tempatan. 

Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia? 06

Jadi adakah Yadea M6L (2023) salah satu model yang berada dalam perancangan MForce? Sama-sama kita nantikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda