window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul?

Khairil ยท Feb 8, 2023 06:00 PM

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 01

Syarikat pengeluar kenderaan dua roda elektrik terkemuka China, Yadea sah memasuki pasaran Indonesia pada tahun ini menerusi kerjasama dengan syarikat pengeluar dan pengedar automotif gergasi negara itu, Indomobil Group.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 02

Perkembangan itu diperolah menerusi laporan media automotif Indonesia yang mengesahkan Yadea akan membuka 'langkahnya' dengan menyertai Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 26 Februari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: MForce bakal bawa masuk penawaran elektrik tahun depan, kerjasama dengan Yadea?

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 01

Sebagai info, Yadea adalah salah satu jenama utama pengeluar motosikal elektrik terkemuka bukan saja di China, malah memiliki rangkaian jualan di seluruh dunia termasuk Eropah.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 02

Setakat ini, syarikat itu dikatakan sudah menjual produknya di lebih 80 negara dan menjual lebih 13.8 juta unit motosikal/skuter elektrik setakat 2021 dengan jumlah pengguna mencecah 60 juta.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 03

Indomobil Group, menerusi Pengarah E-Motor Internasional Indomobil, Gerry Kertowidjojo menyatakan Yadea akan memberi kejutan menarik kepada pengunjung IIMS 2023 dengan memperkenalkan beberapa produk unggulnya.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 04

Menurutnya, Yadea sempena IIMS kali ini akan memperkenalkan 3 model motosikal/skuter elektrik serta 4 model basikal elektrik di reruai jenama itu.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 05

Kertowidjojo berkata, menerusi rangkaian luas Indomobil Group di seluruh Indonesia, syarikat itu berharap Yadea akan diterima di negara berkenaan yang disifatkan sebagai memiliki potensi besar untuk kenderaan elektrik.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 06

Sempena pameran IIMS 2023, Indomobil Group juga dikatakan akan menawarkan program menarik bagi pemilikan motosikal/skuter/basikal elektrik dari sudut pembelian secara ansuran.

Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul? 07

Untuk pasaran Malaysia, Yadea dijangka memasuki pasaran tempatan menerusi syarikat pengedar/pengeluar motosikal tempatan, MForce Bike Holding (MForce) pada tahun ini namun tiada perkembangan lanjutan mengenainya setakat ini.

Juga baca: Yadea lancar Yadea M6L (2023), skuter elektrik 'fokus' urban, ini model jangka tiba di Malaysia?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda