![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 01]()
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus menghangatkan pasaran kapcai tempatan bagi tahun 2021 dengan memperkenalkan varian Yamaha 135LC yang hadir dengan warna dan rekaan grafik terbaharu.
Ia didatangkan dengan empat warna dan rekaan grafik yang tampak lebih menyerlah iaitu Stealth Gold bagi Special Edition, Cyan Metallic, Fiery Red dan Yamaha Blue.
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Perkembangan itu dipaparkan di laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia.
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 01]()
"Mempersembahkan Yamaha 135LC dalam warna dan rekacorak baru! Dilancar khas bagi warna Edisi Terhad Stealth Gold, diikuti dengan 3 lagi warna menarik seperti Cyan Metalic, Fiery Red, dan Yamaha Blue.
"Jangan ketinggalan, tempah Yamaha 135LC warna baharu di pengedar sah Yamaha terdekat anda!"
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 02]()
Tiada perubahan dari sudut reka bentuk atau spesifikasi bagi Yamaha 135LC 2021 berbanding model terdahulu yang dilancarkan pada 2019.
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 03]()
Ia masih menggunakan enjin bersesaran 134cc, 4-lejang, sejukan cecair, 4-injap, SOHC yang berupaya menghasilkan kuasa maksimum 11.9Hp pada 8,500rpm dengan tork maksimum 11.79Nm pada 5,500rpm.
Enjin itu dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Berdasarkan brosur jualan, bagi setiap pembelian Yamaha 135LC 2021 ini, HLYM masih lagi menawarkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100.00 secara percuma.
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 04]()
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 05]()
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 06]()
![Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021 07]()
Tiada harga rasmi dipaparkan namun dijangkakan, harga jualan asas bagi versi 2021 berkemungkinan masih sama seperti model sebelumnya iaitu RM6,868 untuk tiga pilihan warna biasa dan RM7,118 untuk versi Special Edition.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen