Yamaha 135LC, Ego Avantiz, Ego Gear, NVX, NMax dapat harga baharu 2022!
Khairil · Jan 7, 2022 04:00 PM
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini penawaran harga untuk beberapa model kapcai dan skuternya bagi tahun 2022.
Model yang terbabit adalah Yamaha 135LC, Ego Avantiz, Ego Gear, NVX (Non ABS) dan NMax. Bagi model 150 cc ke bawah, pelarasan semula harga itu dibuat susulan penamatan pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) bawah 150 cc pada 31 Disember 2021.
Ini bermakna model seperti skuter NVX dan NMax yang menggunakan enjin bersesaran 155 cc tidak terbabit dengan pengecualian di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) namun turut dikemas kini.
Tetapi menariknya, dua model yang berada dalam kategori berkenaan iaitu Lagenda dan 'Super moped' hangat, Y15ZR atau YSuku tidak terbabit dengan kemas kini harga berkenaan.
Sebagai info, Pemerkasa adalah inisiatif bantu rakyat terjejas pandemik Covid-19 yang diumumkan kerajaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) bawah 150 cc bermula pada 1 April hingga 31 Disember lalu.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen