window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k!

Khairil ยท Feb 15, 2022 05:30 PM

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 01

Jagoan Yamaha dalam segmen skuter bergaya 'Sporty', Yamaha Aerox (Nvx 155) memperoleh kemas kini bagi versi 2022 di pasaran negara jiran, Thailand.

Lima pilihan warna bersama gabungan corak grafik terkini ditawarkan, dua untuk varian Standard dan tiga untuk varian tertinggi ABS.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 01

Pilihan warna baharu bersama varian serta harganya adalah seperti berikut: 

  • Standard - Dark Blue, Redline: 68,900 baht (RM 8,919)
  • ABS - Icon Blue, Silver Star, Yamaha Black: 79,900 baht (RM 10,343)

Sebagai perbandingan, Yamaha Aerox yang mendapat perubahan 'paras rupa' ini tiba di Thailand pada tahun lalu (sama seperti Malaysia) dan datang dengan 6 pilihan warna (3 Standard dan 3 ABS).

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 02

Selain 'dihensemkan', tiada perubahan dari sudut berkenaan dijalankan terhadap skuter yang cukup laris di pasaran itu ketika ini. Trenkuasanya kekal dengan enjin BlueCore bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 03

Kuasa maksimum berada pada angka 15.2 Hp pada 8,000 rpm dengan tork tertinggi 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Menurut Yamaha, skuter Aerox ini memiliki prestasi dan nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya.

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 04

Sebagai antara produk laku keras Yamaha di rantau ini, Yamaha Aerox dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti sistem lampu LED termasuk lampu siang (DRL), Smart Key System, sistem Stop & Start (varian ABS sahaja), soket pengecas bateri telefon bimbit.

Panel meter digital juga lengkap dengan teknologi canggih Y-Connect yang membolehkan pemilik mengawasi motosikal mereka menggunakan telefon bimbit.

Juga baca: Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM 9.1k

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 05

Seperti namanya, varian ABS bagi Yamaha Aerox 2022 turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di roda depan dengan brek belakang kekal menggunakan jenis dram. Tetapi istimewa bagi varian ABS, suspensi belakang kini memiliki Sub-Tank.

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 06

Informasi lain adalah seperti ruang simpanan bawah pelana seluas 25 liter dan kapasiti tangki bahan api 5.5 liter.

Yamaha Aerox (NVX 155) dikemaskini (2022) di Thailand, harga bermula RM 8.9k! 07

Di tanah air, Yamaha NVX dengan sambungan Y-Connect ini turut datang dengan dua varian dan ditawarkan pada harga RM 8,998 (Standard) dan RM 10,998 (ABS) ketika dilancarkan.

Juga baca: Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda