Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k!

Khairil · Nov 12, 2021 10:00 AM

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 01

Skuter cilik, Yamaha Ego Gear 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia dengan penawaran harga jualan asas menarik RM 5,419 (tanpa insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran).

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 02

Ego Red

Tampil dengan tiga pilihan warna iaitu Ego Blue, Ego Grey dan Ego Red, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berkata model paling kecil dalam segmen skuter Yamaha di Malaysia ini bakal memasuki cawangan pengedarnya pada pertengahan bulan ini.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 01

Ego Grey

Menjana kuasa Yamaha Ego Gear 2021 adalah enjin bersesaran 125 cc, SOHC, 4 Lejang, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api dengan teknologi BlueCore lengkap dengan Smart Motor Generator (SMG).

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 02

Ego Blue

Transmisi adalah jenis automatik dengan kuasa yang dihasilkan ialah 9.4 Hp pada 8,000 rpm dan tork 9.6 Nm pada 5,500 rpm.

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 03

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal di belakang dengan sistem henti menggunakan cakera tunggal di roda depan dan dram di belakang.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021

 

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 04

Dengan rekaan yang 'sporty', ciri-ciri menarik yang dipadankan terhadap Yamah Ego Gear 2021 ini adalah penggunaan lampu hadapan jenis LED dan lampu 'pilot', Sistem Stop & Start, lampu kecemasan (hazard) dan tempat kaki penumpang belakang yang mesra kanak-kanak.

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 05

Dilengkapi dengan lantai 'Anti-slip' yang lebar, seperti skuter moden lain, ia turut dilengkapi soket pengecas USB dengan rekaan lampu signal yang terpisah dengan lampu utama depan dan belakang manakala panel meter dari jenis analog.

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 06

Informasi lain mengenai Yamaha Ego Gear adalah ia mempunyai berat 95 kg, tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, ketinggian pelana 750 mm, jarak lega bumi 135 mm, saiz tayar 70/90-14 (depan) dan 90/80-14 (belakang).

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 07

Dengan kehadiran Ego Gear 2021 juga, HLYM turut mengumumkan bahawa pengeluaran model Ego Solariz ditamatkan namun Ego Avantiz dikekalkan.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 08

Yamaha Ego Gear 2021 'luncur' di Malaysia, harga asas bermula RM 5.4k! 09

Kepada yang berminat, tempoh jaminan yang diberikan HLYM adalah selama dua tahun atau jarak 20,000 km (mana satu tiba dahulu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru