window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753!

Khairil ยท Jul 10, 2021 10:00 AM

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 01

Yamaha Motor Thailand akhirnya melancarkan motosikal 'Super moped' paling ditunggu-tunggu, Exciter 155 2021 kira-kira tujuh bulan selepas pelancarannya secara global di Vietnam pada Disember tahun lalu.

Juga baca: Enjin 155cc VVA, 6 gear, 17.7Hp, harga dari RM8,235, inilah Yamaha Exciter terbaru di Vietnam

Pelancaran motosikal yang sememangnya mendapat perhatian terutama di rantau Asia Tenggara dan dikenali sebagai Yamaha Y16ZR di Malaysia itu dibuat Yamaha Motor Thailand menerusi platform Facebook.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 01

Selain Exciter 155 2021, Yamaha Motor Thailand turut melancarkan dua model baharu iaitu kapcai bajet, Yamaha Finn dan skuter dengan sistem hybrid pertama di Thailand, Grand Filano Hybrid.

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 02

Turut dikemaskini adalah 3 model iaitu Sportbike YZF-R3, Naked bike MT-0T dan skuter rakyat, GT125.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Untuk Yamaha Exciter 155 2021, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Biru dan Hitam dengan harga pengenalan menarik, 68,000 baht (RM 8,753).

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 03

Biru

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 04

Hitam

Begitupun, berbanding varian yang dijual di Malaysia, Yamaha Exciter 155 2021 adalah seperti Exciter 155 VVA Standard yang dijual di Vietnam dan tidak memiliki ciri seperti Stop & Start System, Smart Key System dan menggunakan brek cakera 1 piston.

Juga baca: Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903!

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 05

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Exciter 155 2021 menggunakan enjin bersesaran 155 cc bersama teknologi VVA (Variable Valve Actuation), 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair.

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 06

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan dan turut dilengkapi dengan klac (slip & assist).

 

 

 

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 07

YZF-R3 (kiri) dan MT-03

Berbalik kepada Yamaha Finn yang menggunakan brek drum di roda hadapan, harga yang diperkenalkan ialaha 39,800 baht (RM 5,122), YZF-R3 pada harga 198,200 baht (RM 25,511) dan MT-03, 187,700 baht (RM 24,159).

Juga baca: Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR)

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 08

Yamaha Finn (kiri) dan GT125

Untuk skuter GT125, harga jualanya ialah 46,900 baht (RM 6,036) dan untuk Grand Filano Hybrid yang datang bersama 6 warna baharu, harga yang dicadangkan ialah 63,100 baht (RM 8,122) bagi varian ABS dan 58,600 baht (RM 7,542) untuk Standard.

Yamaha Exciter 155 2021 (Y16ZR) tembus pasaran Thailand, harga RM 8,753! 09

Grand Filano Hybrid 

Juga baca: Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3?

Selepas Thailand, satu-satunya pasaran besar di rantau ini yang masih belum menarima kehadiran Yamaha Exciter 155 atau Y16ZR adalah Indonesia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda