window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca?

Khairil ยท Jan 21, 2021 02:00 PM

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 01

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 baru saja dilancarkan di Vietnam, penghujung tahun lalu namun seperti peribahasa 'malang tidak berbau' tular foto mengenai motosikal 'panas' itu tersungkur akibat kemalangan di negara berkenaan.

Susulan kemalangan itu, motosikal berwarna merah dalam kondisi 'bau kedai' itu dilihat mengalami kerosakan teruk di beberapa bahagian terutama di bahagian belakang termasuk 'swingarm' dan batang sport rim yang dilihat patah.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 01

Gambar berkenaan tular bukan saja di Vietnam, malah di seluruh rantau Asean yang dimana jentera berkenaan sememangnya popular.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 02

Apa yang lebih menyedihkan, Exciter 155 VVA malang berkenaan masih belum mempunyai nombor pendaftaran dan kos baik pulih jentera berkenaan berkemungkinan tinggi.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 03

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar atau bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi apa yang pantas menjadi perdebatan ialah ada yang mendakwa ketiadaan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai antara punca kemalangan berkenaan.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 04

Seperti diketahui, Yamaha Exciter 155 VVA menggunakan enjin berkuasa 155cc yang baharu bersama sistem VVA (Variable Valve Actuation) dan beberapa lagi kemaskini menarik.

Tetapi tidak seperti pencabar utamanya iaitu Honda Winner X di Vietnam, ia tidak dilengkapi dengan sistem brek ABS namun hadir dengan brek cakera 2 piston di bahagian depan.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 05

Sistem ABS di Honda Winner X

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 06

Begitupun, ramai pengguna menyatakan ia masih belum mencukupi.

Memetik laporan thethao247.vn, seorang pengguna Facebook di Vietnam berkata: "Brek ABS adalah ciri-ciri yang ramai pemilik Exciter mahukan. Ini kerana majoriti penunggang motosikal ini adalah orang muda, jadi kelajuannya juga pasti tinggi. Memasang brek ABS kepada Exicter adalah perkara yang harus dilakukan."

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 07

Honda Winner X yang dilengkapi sistem ABS di bahagian roda depan.

Sebagai tambahan, seorang lagi pengguna Quoc Huy berpendapat: "Jika mempunyai brek ABS, mungkin  Exciter 155 VVA ini tidak akan berdepan kemalangan yang serius ini."

Begitupun, ada pelbagai sebab yang berkemungkinan menjadi punca kemalangan berkenaan dan namun kehadiran sistem ABS jelas memberikan lebih keyakinan kepada pemiliknya.

Ketika ini, Yamaha Exciter 155 VVA masih belum berada di pasaran Malaysia namun foto mengenai jentera berkenaan sedang menjalani ujian tular.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 08

Di Malaysia, satu-satunya motosikal moped yang dilengkapkan dengan ciri-ciri ABS ialah SYM VF3i LE (Limited Edition) dan ia hanya terhad kepada 5,000 unit sahaja dengan dijual pada harga RM9,338.

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca? 09

Adakah atau Y155ZR VVA akan dilengkapi dengan ABS, hanya Hong Leong Yamaha Motor boleh memberi jawapan. Apapun, tungganglah dengan selamat. Ingat orang tersayang.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda