window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k!

Khairil · Dec 23, 2022 12:00 PM

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 01

Sebagai negara debut global Yamaha Exciter 155 VVA atau dikenali Yamaha Y16ZR di Malaysia, pasaran Vietnam terus mendapat kemas kini terkini penawaran untuk model 'Super moped' itu bagi versi 2023, baru-baru ini.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 02

Tetapi seperti dijangka, tiada kemas kini 'major' yang dibuat dengan rekaan dan spesifikasi mekanikal motosikal berkenaan masih tidak berubah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 01

Begitupun, Yamaha Exciter 155 VVA (2023) ini 'disegarkan' menerusi pilihan warna dan corak grafik baharu katanya lebih menarik dan mengikuti kehendak semasa.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 02

Pilihan warna Jingga

Tiga pilihan skema warna terbaharu itu ialah Jingga, Hitam dan Merah serta boleh didapati dalam kedua-dua varian yang ditawarkan iaitu Premium dan Standard. 

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 03

Pilihan warna Hitam

Harga untuk kedua-dua varian adalah seperti berikut:

  • Yamaha Exciter 155 VVA (2023) Standard: VND 47,800,000 (RM 8,963)
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2023) Premium: VND 50,800,000 (RM 9,525)

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 04

Pilihan warna Merah

Sebagai perbezaan antara varian Standard dan Premium, varian lebih mahal memperoleh tambahan seperti brek cakera depan dua piston, sistem kunci Smart Key dan soket pengecas 12V. Untuk Yamaha Y16ZR di pasaran Malaysia, hanya satu varian dijual namun tertinggi.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 05

Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa Yamaha Exciter 155 VVA (2023) di Vietnam, ia menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi VVA.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 06

Sistem transmisi yang digunakan adalah 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 17.7 Hp pada 9,500 rpm dengan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 07

Selain itu, antara ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan lampu depan, belakang dan lampu siang (DRL) daripada LED, panel meter digital LCD, suis pemati enjin dan suis ‘passing light’ untuk memotong.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) dapat warna baharu (2023) di Vietnam, harga bermula RM 8.9k! 08

Di pasaran tempatan, Yamaha Y16ZR diberikan penawaran warna baharu oleh Hong Leong Yamaha Motor pada Oktober lalu dan dijual pada angka harga RM 11,118 (asas) bersama tiga pilihan warna, Glacier White, Phantom Neon dan Flaming Silver.

Juga baca: Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda