window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan!

Khairil · Oct 18, 2021 09:00 PM

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 01

Yamaha Motor Taiwan melancarkan versi terbaharu skuter ciliknya dikenali Yamaha Force 2.0 2022, model yang datang dengan rekaan lebih sporty berbanding saudaranya, Yamaha NMax dan tampil dengan pelbagai pembaharuan termasuk reka bentuk serta kontroversi.

Tidak dijual di Malaysia, Yamaha Force 2.0 2022 adalah versi terbaharu daripada Yamaha Force 155. Dan seperti Yamaha NMax, ia menggunakan trenkuasa yang sama.

Juga baca: Yamaha NMAX 155 (2021) dapat warna baharu, tapi masih belum spesifikasi penuh!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 01

Dari sudut reka bentuk, tidak seperti NMax yang datang dengan rekaan lebih elegan dan ekslusif, Yamaha Force 2.0 2022 tampil dengan rekaan sporty dengan garisan tajam di beberapa bahagian panel.

Berbalik kepada Yamaha Force 2.0 2022, sebagai versi terbaharu daripada Yamaha Force 155, antara perubahan yang ketara adalah reka bentuknya yang kini tampak lebih menyegarkan.

Juga baca: Yamaha NMax 125 kekal 'status' skuter rasmi MotoGP

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 02

Berbanding Force 155, Force 2.0 menggunakan lampu depan dengan rekaan 'dual headlamp' perubahan keseluruhan dari sudut panel bahagian depan dan belakang termasuk 'mudguard' dan visor angin.

Perubahan lain adalah rekaan pelana baharu yang dikatakan lebih selesa dan panel meter LCD pelbagai fungsi bersaiz 5.1 inci.

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 03

Dari sudut trenkuasa, Yamaha Force 2.0 2022 menggunakan platform trenkuasa terbaru Yamaha dengan enjin 155 cc Bluecore, 4 Injap dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA), enjin yang juga digunakan pada Yamaha NMax.

Tiada angka rasmi mengenai angka kuasa dan tork rasmi diberikan Yamaha Motor Taiwan yang menyaksikan ia mungkin sama seperti Yamaha NMax.

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 04

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 05

Tetapi entah mengapa, berbanding menggunakan suspensi belakang 'monoshock', ia kini menggunakan sistem 'double shock' yang dikatakan sedikit mengurangkan rekaan sporty skuter ini secara keseluruhan.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 06

Dan sedikit mengecewakan, ia masih menggunakan lampu dari jenis halogen dan bukannya LED seperti yang kebanyakan dipadankan dengan model-model terbaharu.

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 07

Sistem brek juga mengalami perubahan dengan brek cakera depan Force 155 berada di sebelah kiri manakala Force 2.0 berada di sebelah kanan.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 08

Seperti NMax 155, sistem brek menggunakan jenis cakera tunggal depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan turut memiliki Traction Control System (TCS).

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 09

Untuk persoalan mengenai harga, Yamaha Force 2.0 2022 dijual pada harga TWD 112,800 (RM 16,793) namun untuk tempoh terhad, ia dijual pada harga diskaun TWD 99,000 (RM 14,739) sehingga hujung November.

Empat pilihan warna ditawarkan seperti berikut:

  • Night Titanium Black 
  • Meteorite Ash
  • Cold and white
  • Sandstorm Green 

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 10

Night Titanium Black

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 11

Meteorite Ash

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 12

Cold and white

Yamaha Force 2.0 2022, 'saudara' NMax dengan rekaan lagi 'Sporty' dilancar di Taiwan! 13

Sandstorm Green

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda