window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu!

Khairil ยท Jun 18, 2021 09:00 AM

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 01

Seperti Malaysia, Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) sememangnya popular di pasaran Vietnam dan untuk tahun 2021, Yamaha Vietnam mengemaskini kapcai 'otai' berkenaan menerusi tambahan warna edisi terhad.

Juga baca: Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph'

Pilihan edisi terhad yang diperkenalkan ialah Silver – Black yang jelas tampil dengan gaya lebih ekslusif. Selain warna baharu, corak grafik yang digunakan juga minimal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 01

Harga yang ditawarkan pula ialah VND 30,000,000 (RM 5,410), sama seperti pilihan warna yang ditawarkan untuk versi sebelum ini iaitu Yamaha Jupiter FI GP Edition dalam warna Blue GP.

Untuk pilihan Yamaha Jupiter FI RC Red – Black dan Matte – Black pula, harga yang ditawarkan ialah VND 29,400,00 (RM 5,302).

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 02

Yamaha Jupiter FI GP Edition

Antara kelainan yang ditampilkan Yamaha Jupiter FI RC edisi terhad 2021 adalah penggunaan warna hitam di bahagian 'mudguard' depan dan belakang, panel bawah pelana dengan lencana Limited Edition di bahagian fairing.

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 03

Yamaha Jupiter FI RC Red – Black

Tidak seperti Yamaha Lagenda 115Z di Malaysia, Yamaha Jupiter FI RC 2021 edisi terhad ini datang dengan penutup rantai penuh, penggunaan sub-tank bagi suspensi belakang dan lampu signal bersepadu di bahagian belakang.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 04

Yamaha Jupiter FI RC Matte – Black

Dari sudut kuasa, ia masih menggunakan enjin bersesaran 114 cc, 4 Lejang, 2 Injap, 1 Silinder, Penyejuk Udara, SOHC, Suntikan Bahan Api. Kuasa yang dihasilkan ialah 9.9 Hp pada 7,000 rpm dan tork 9.9 Nm pada 6,500 rpm. Sistem transmisi pula ialah 4 kelajuan.

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 05

Ciri-ciri lain adalah tangki bahan api 4.1 liter, fork depan teleskopik, sistem brek cakera di bahagian depan, berat 104 kg dan ruang simpanan di bawah pelana berkapasiti 7 liter.

Yamaha Jupiter FI RC (Lagenda) dapat warna edisi terhad di Vietnam, Malaysia masih menunggu! 06

Antara faktor yang menjadikan motosikal kapcai 'legend' ini menjadi pilihan ramai adalah menerusi penjimatan petrol dengan Yamaha mendakwa ia boleh mencapai jarak 100 km untuk 1.55 liter.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda