window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara!

Khairil · Sep 19, 2022 01:00 PM

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 01

Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan kelas elit CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 dengan menjuarai perlumbaan pusingan kelapan di Litar Tangkak, Johor, semalam.

Lebih menggembirakan buat kem Yamaha terutama Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, seorang lagi pelumba pasukan itu, Md Izzat Zaidi Md Salehan turut menamatkan perlumbaan selaku naib juara.

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 02

Persaingan antara Afif (depan) dan Izzat

Melengkapkan kedudukan podium dalam perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah di Tangkak adalah pelumba Honda, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 01

Ahmad Afif Amran

Bermula di petak utama, Afif mengakui dia melakukan sedikit kesilapan di awal perlumbaan sehigga Izzat berjaya memintasnya sebelum kembali ke depan di penghujung saingan.

"Ia minggu yang baik untuk saya. Sejak sesi latihan hingga ke perlumbaan, saya dapat buat yang terbaik. Sebarang masalah berkenaan dengan jentera dapat diselesaikan dengan serta-merta dan semua ini adalah hasil usaha keras pasukan dalam penyediaan jentera," kata Afif.

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 02

Md Irfan Haykhal (No 88) bersaing sengit dengan Md Shafiq Rasol

Dalam pada itu, Honda meraih kemenangan dalam kelas CP125 menerusi pelumbanya, Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing yang sekaligus menafikan kemenangan pendahulu kejuaraan dari Yamaha, Md Shafiq Rasol dari pasukan OneXOX TKKR Racing.

Pelumba pasukan YYPang Yamaha Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman melengkapkan posisi podium.

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 03

Md Farish Iqmal Khayrul

Situasi sama berlaku dalam kelas Wira KBS yang turut menyaksikan pelumba Honda, Md Farish Iqmal Khayrul Elyas juga dari pasukan Honda KC Racing meraih kemenangan di Tangkak.

Yamaha kuasai pusingan 8 Cub Prix 2022 di Tangkak, Afif Amran kembali bergelar juara! 04

Podium kelas Wira KBS

Menariknya, ia adalah kemenangan pertama Farish musim ini dengan pendahulu kejuaraan, Md Adam Haikal Jahar dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing merangkul tempat kedua.

Seorang lagi pelumba Honda, Md Farid Hakimi Farid Sezli (Idemitsu Honda YAM Racing) melengkapkan kedudukan podium.

Berikut adalah kedudukan keseluruhan Cub Prix 2022

CP150

  1. Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing) Yamaha, 147 mata (m)
  2. Md Izzat Zaidi Md Salehan (Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing) Yamaha, 122m
  3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) Yamaha, 115m
  4. Md Haziq Md Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) Yamaha, 107m
  5. Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Idemitsu), Honda, 103m

CP125

  1. Md Shafiq Rasol (OneXOX Racing Team) Yamaha, 139m
  2. Md Hafiza Rofa (OneXOX Racing Team) Yamaha, 117m
  3. Md Aliff Danial Md Asri (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) Yamaha, 78m
  4. Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) Yamaha, 68m
  5. Md Norhakim Md Norhafizullah (OneXOX Racing Team) Yamaha, 65m

Wira KBS

  1. Md Adam Haikal Jahar (Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing) Yamaha, 157m
  2. Md Danish Aiman Zamrul (Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing) Yamaha, 135m
  3. Md Syamil Amsyar Md Iffende (Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing) Yamaha, 133m
  4. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda KC Racing), Honda, 104m
  5. Md Farid Hakimi Farid Sezli (Idemitsu Honda YAM Racing), Honda, 72m

Juga baca: Cub Prix 2022: Yamaha, Kasma kembali kuasai Pusingan 7 di Terengganu!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda