window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual!

Khairil ยท Jul 2, 2021 06:00 PM

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 01

Seperti peribahasa 'bagai sirih pulang ke gagang', motosikal 'naked' popular Yamaha, MT-07 2021 akhirnya tiba di pasaran Jepun selepas membuat penampilan secara global pada penghujung tahun lalu.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Berbanding versi MT-07 sebelum ini (yang masih dijual di Malaysia), pelbagai naik taraf diberikan terhadap versi terbaharu ini tidak kira dari sudut kosmetik dan mekanikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 01

Motosikal berkenaan dijadual tiba di ruang pameran Yamaha Jepun pada 28 Julai ini bersama harga ¥ 814,000 (RM 30,352).

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 02

Lebih menarik, atau juga mengecewakan, hanya 700 unit motosikal berkenaan dirancang untuk dijual di pasaran domestik. Untuk persoalan bila ia akan tiba di pasaran Malaysia, situasi ketika ini tampak tidak begitu meyakinkan.

Juga baca: Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527!

Dari sudut trenkuasa, Yamaha MT-07 2021 menggunakan enjin 688 cc, Twin Silinder, Penyejuk Cecair dengan kuasa yang dihasilkan setinggi 72.4 Hp pada 8,750 rpm dan 67 Nm pada 6,500 rpm.

Sistem transmisi menggunakan kotak gear enam kelajuan.

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 03

Dari sudut reka bentuk, Yamaha MT-07 2021 ini tampil dengan gaya yang agresif dengan rekaan lampu depan yang cukup garang mungkin agak 'alien'. Bahagian tangkinya juga tampak lebih gagah.

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 04

Antara kemaskini lain adalah seperti lampu utama projektor yang diapit lampu siang DRL dengan kesemua lampunya menggunakan jenis LED, salur udara yang disepadukan dengan tangki minyak.

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 05

Menurut Yamaha, antara naik taraf lain termasuklah penggunaan Unit Kawalan Elektronik (ECU) baharu selain sistem ekzos yang kini lebih besar.

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 06

Pastel Dark Grey

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 07

Matte Dark Grey

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 08

Deep Purplish Blue Metallic

Sistem suspensi menggunakan fork telekopik 41 mm di depan dan monoshock boleh laras di belakang dengan sistem henti menggunakan brek dwi-cakera 298 mm dengan kaliper 4-piston di depan manakala cakera tunggal 245 mm dengan kaliper piston tunggal di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

 

Yamaha MT-07 2021 tiba di pasaran Jepun, jadi edisi terhad, hanya 700 unit dijual! 09

Yamaha MT-07 yang masih dijual di Malaysia

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Matte Dark Grey, Deep Purplish Blue Metallic dan Pastel Dark Grey. Bagi pasaran Malaysia, kita masih menunggu perkembangan dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda