window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp!

Khairil ยท Nov 12, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk permulaan, rekaan MT-10 2022 masih mengekalkan konsep terdahulu yang agresif dan 'alien' namun lebih 'anggun' terutama menerusi rekaan lampu depan yang berubah sepenuhnya.

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 01

Sebagai model terakhir dalam barisan keluarga MT yang diberikan kemaskini terbaharu, rekaan lampu depan MT-10 2022 tidak lagi terlalu menonjol dengan lampu utama berada di bawah lampu siang (DRL) LED berbentuk 'Y' yang ikonik.

Juga baca: Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik?

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 02

Dan seperti yang dijangkakan, MT-10 2022 yang dipadankan dengan enjin CP4 998 cc, 4 Silinder Sebaris mengalami peningkatan kuasa berbanding versi terdahulu iaitu 164 Hp, peningkatan 6 Hp berbanding versi terdahulu.

Puncak kuasa itu dapat dicapai pada angka 11,500 rpm dengan tork maksimum 111.9 Nm pada 9,000 rpm.

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 03

Enjin yang turut digunakan Yamaha YZF-R1 itu juga dikatakan lebih ringan menerusi penggunaan piston, conrod dan silinder baharu serta patuh piawaian emisi Euro 5 hasil penggunaan ekzos titanium baharu. 

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 04

Manfaat lain menerusi penggunaan ekzos itu menurut Yamaha ialah ia kini menawarkan pecutan yang lebih baik terutamanya di julat angka rpm rendah.

Sistem transmisi menggunakan Constant Mesh, 6 Kelajuan klac manual lengkap dengan klac Assist & Slipper dan 'Bi-directional Quickshifter'.

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 05

Turut melengkapi MT-10 2022 adalah teknologi moden IMU 6-axis yang mengawal Kawalan Traksi, Kawalan Gelincir, Brek Enjin dan Kawalan Weelie. Menggunakan sistem 'throttle-by-wire' yang canggih dari Yamaha, ia menawarkan empat mod tunggangan.

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 06

Menggunakan kerangka Deltabox, sistem suspensi Yamaha MT-10 2022 dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) dari jenama KYB 43 mm boleh laras sepenuhnya dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 07

Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 320 mm di roda hadapan dengan brek cakera tunggal 220 mm bersama kaliper Brembo. Ciri-ciri menarik lain adalah Kawalan Jelajah dengan panel meter menggunakan panel TFT berwarna bersaiz 4.2-inch TFT dengan suis kawalan baharu.

Yamaha MT-10 2022 buat debut, rekaan tambah 'memikat', ekzos titanium, 164 Hp! 08

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Tech Black dengan MT-10 2022 ini dijangka akan menerjah pengedar Yamaha bermula awal tahun depan di Eropah. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda