window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik

Khairil ยท Feb 10, 2021 02:00 PM

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 01

Jentera 'naked' Yamaha MT-15 sememangnya popular di Thailand dan bagi versi 2021, ia memperoleh kemaskini dari sudut warna yang pastinya lebih menarik perhatian.

Selepas melancarkan edisi warna khas sekitar Julai tahun lalu, Yamaha Thailand kemudian mengemaskini pula varian warna bagi versi 2020 pada penghujung tahun lalu.

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan berikutan popularitinya, ia tidak menunggu lama untuk versi 2021 dikemaskini dengan tiga pilihan warna terbaharu yang diperkenalkan ialah Metallic Grey, Racing Blue dan Matt Black.

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 01

Ketiga-tiga warna dengan kemasan corak grafik ringkas baharu berkenaan jelas cukup menarik dan menonjolkan ciri-ciri 'garang' jentera berkenaan yang diberi julukan 'Born of Darkness'.

Sebagai informasi, tidak seperti Malaysia yang hanya memperoleh MT-15 pada November tahun lalu, Yamaha MT-15 tiba di Thailand pada tahun 2018 ketika perlumbaan MotoGP di Litar Buriram pada tahun yang sama.

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 02

Legenda MotoGP, Valentino Rossi ketika pelancaran MT-15 di Thailand pada 2018.

Berdasarkan laman sesawang Honda Motor Thailand, tiada perubahan dari sudut harga bagi versi 2021 dengan harga jualan yang ditawarkan kekal sama iaitu sebanyak THB 98,500 (RM 13,343).

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 03

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 04

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 05

Juga tiada perubahan adalah dari sudut spesifikasi teknikal. Ia masih menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, SOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair bersama teknologi VVA.

Ia digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan yang turut didatangkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 06

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 07

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 08

Justeru, kuasa yang dihasilkan juga tidak berubah berbanding model terdahulu iaitu sebanyak 19 Hp pada 10,000 rpm dengan tork 14.7 Nm pada 8,500rpm.

Antara informasi lain mengenai MT-15 ialah ia menggunakan kerangka Deltabox dan lengan ayun aluminium, panel meter digital LCD, lampu posisi berkembar dengan lampu hadapan selain fork depan jenis terbalik.

Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik 09

Selain reka bentuknya yang menarik dan garang, MT-15 turut digemari kerana kapasiti bahan apinya yang sebesar 10 liter bersama berat 133 kg yang menyaksikan ia amat mudah untuk dikendalikan.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda