window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia

Khairil ยท Jan 29, 2021 10:00 AM

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 01

Yamaha Motor Indonesia melancarkan MT-25 2021 di pasaran negara berkenaan yang dikemaskini menerusi pengenalan dua warna baharu iaitu Metallic Dark Gray dan Metallic Blue.

Berdasarkan laman web Yamaha Indonesia, harga yang ditawarkan ialah Rp 55,460,000 (Atas jalan di Jakarta) yang bersamaan dengan RM15,911.

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pelancaran model 2020 sebelum ini yang hadir dengan tiga warna iaitu Matte Grey, Metallic Blue dan Metallic Black harga yang ditetapkan ketika itu adalah Rp 53,900,000 (RM15,466).

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 01

Begitupun, tiada perubahan ketara bagi warna Metallic Blue berbanding model sebelum ini yang menyaksikan bahagian 'Air Scoop' dicat dengan warna berbeza.

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 02

Berbanding dengan model di Malaysia, MT-25 di negara seberang itu masih belum dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tiada perubahan dari sudut mekanikal dengan MT-25 2021 masih mengekalkan spesifikasi sama berbanding varian sebelum ini. Ia dikuasakan dengan enjin bersesaran 249cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, DOHC, 4 Injap yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 03

Ia menghasilkan kuasa maksimum 35.5Hp pada 12,000rpm dengan tork 23.6Nm pada 10,000rpm.

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 04

Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia 05

Turut tidak berubah adalah ciri-ciri seperti tangki bahan api (14 Liter), suspensi (fork depan USD) dan (belakang monoshock), panel meter LCD, lampu LED jenis projektor dan tayar bersaiz 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

Sebagai perbandingan MT-25 yang dilancarkan di pasaran Malaysia pada September tahun lalu memperoleh dua warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blu dengan harga RM21,500.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda