window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal!

Khairil ยท Oct 28, 2021 12:00 PM

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 01

Yamaha Motor Indonesia baru saja memperkenalkan model 'Naked' MT-25 2021 pada Januari tahun ini dan perkembangan terbaharu, penawaran untuk model popular berkenaan sekali lagi dikemaskini dengan skema warna baharu bagi versi 2022.

Tiada perubahan untuk pilihan warna ditawarkan dengan Metallic Dark Gray dan Metallic Blue kekal. Begitupun, skema warnanya berubah sekaligus memberi rasa 'segar' dan menarik minat pembeli.

Juga baca: Yamaha MT-25 2021 dah tiba di Malaysia, pilihan warna lagi 'cun', harga kekal!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 01

Dan apa yang menarik, tiada kenaikan harga dilakukan Yamaha Motor Indonesia terhadap model berkenaan yang kekal Rp 55.93 juta (RM 16,378) untuk harga atas jalan di Jakarta. 

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 02

Dengan harga berkenaan, Yamaha MT-25 masih lagi model termurah di Indonesia dalam kelasnya iaitu 'Naked' bersesaran 250 cc, 2 Silinder. Pencabarnya, Benelli TNT249S dijual pada harga Rp 58 juta (RM 16,984).

Juga baca: HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat!

Untuk pilihan warna Metallic Dark Gray, perubahan yang dibuat adalah menerusi corak grafik yang baharu dengan bahagian rim kini diwarnakan dengan warna Cyan menggantikan warna jingga yang melengkapi model tahun 2021 manakala panel lampu siang (DRL) diwarnakan dengan warna Gray.

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 03

Bagi pilihan warna Metallic Blue, ia nampak cukup mirip berbanding penawaran model 2021 dengan hanya corak grafiknya berubahan dengan warna di bahagian rim kekal biru. Bahagian panel lampu DRL turut diwarnakan dengan warna biru pekat.

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 04

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 05

Tidak diketahui mengapa hanya perubahan ringkas dilakukan oleh Yamaha Motor Indonesia namun rata-rata media automotif di negara berkenaan tampak kurang bersetuju dengan kemaskini seperti itu.

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 06

Dari sudut spesifikasi teknikal, tiada perubahan yang dibuat baik versi MT-25 2022 ini. 

 

Seperti dinyatakan lebih awal, ia menggunakan enjin bersesaran 250 cc, 2 Silinder, 8 Injap, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Kuasa yang dihamburkan adalah 35.5 Hp pada 12,000 rpm dengan tork 23.6 Nm pada 10,000 rpm.

Juga baca: Yamaha MT-25 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 07

Menerusi penggunaan teknologi 'Forged Piston & Diasil Cylinder' pula menyaksikan model ini menjadi lebih tahan lasak dan ringan.

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 08

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD), sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD dengan brek lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Yamaha MT-25 2022 diperkenalkan di Indonesia, skema warna baharu, harga kekal! 09

Di Malaysia, penawaran untuk MT-25 baru saja dikemaskini oleh Hong Leong Yamaha Motor pada bulan lalu dengan dua pilihan iaitu Storm Fluo dan Yamaha Blue.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda