window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Khairil · Apr 28, 2021 09:08 PM

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 01

Selepas sekian lama menunggu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya membawa masuk versi terbaharu skuter 'maha' popularnya, Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect ke pasaran Malaysia.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Dua varian diperkenalkan iaitu Standard dan ABS bersama tanda harga dan pilihan warna yang berbeza. Untuk varian Standard, pilihan warna yang boleh dipilih adalah Merah dan Cyan dengan harga RM 8,998.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 01

Merah

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 02

Cyan

Bagi varian ABS, pilihan warna yang ditawarkan ialah Platinum SE dan GP Blue yang diberi sentuhan cat yang ekslusif dengan tanda harga RM 10,998. Harga berkenaan adalah asas tanpa yuran pendaftaran dan insuran.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 03

Platinum SE

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 04

GP Blue

Istimewanya, Yamaha NVX 2021 Y-Connect menjadi motosikal pertama Yamaha di negara ini yang dipadankan dengan teknologi canggih Y-Connect yang membolehkan pemilik menghubungkan motosikal mereka dengan telefon pintar. Ia juga kini boleh memberi peringatan kepada panggilan telefon dan mesej.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 05

Untuk varian ABS, ia turut hadir dengan beberapa sistem canggih seperti Stop & Start, sistem Kunci Pintar dan suspensi belakang dengan tangki minyak hidraulik (Sub tank).

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 06

Selain penggunaan Y-Connect, reka bentuk skuter ini turut diubah terutama di bahagian lampu depan LED baharu yang kini lebih 'menjeling' sekaligus tampak lebih segar dan sporty.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 07

Perubahan lain adalah paparan panel meter digital yang lebih bermaklumat, kapasiti tangki bahan api yang lebih besar iaitu 5.5 liter, lebih 0.9 liter berbanding versi terdahulu.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 08

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 09

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 10

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti port pengecas telefon bimbit 12V, tempat barangan bawah pelana seluas 25 liter.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 11

Seperti versi terdahulu, Yamaha NVX 2021 Y-Connect juga menggunakan brek cakera di bahagian depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) manakala brek belakang kekal dengan dram.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 12

Turut tiada perubahan di bahagian enjin. Ia masing dilengkapi enjin Blue Core bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair dengan teknologi canggih Variable Valve Actuation (VVA).

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 13

Ia dipadankan dengan dipadankan transmisi automatik CVT. Kuasa yang dihasilkan mencapai angka 15.4 PS pada 8,000 rpm dengan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm.

Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998! 14

Sebagai tambahan, semua pemilik baharu NVX 2021 Y-Connect ini akan memperoleh kunci brek cakera secara percuma. Kepada yang berminat, Yamaha NVX 2021 Y-Connect akan tiba di pengedar-pengedar Yamaha seluruh negara bermula pada Mei 2021.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda