window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap!

Khairil ยท Jul 1, 2021 07:00 PM

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 01

Yamaha baru saja melancarkan motosikal 'Sportbike' kelas pertengahan, Yamaha YZF-R7 bulan lalu di pasaran global dan sekalipun mendapat maklum balas yang positif, ada yang menyatakan ia kurang 'ump'.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Ya benar, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan perkembangan itu sebenarnya sudah dijangka dengan Yamaha ketika ini dikhabarkan sedang membangunkan sebuah lagi motosikal dengan siri sama, YZF-R9.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 01

Ia bukanlah khabar angin kerana fail paten untuk siri YZF-R ini sudah pun dipatenkan Yamaha Amerika Syarikat.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 02

Untuk Yamaha R9, selain lebih berkuasa berbanding R7, rekaannya juga dijangka lebih menarik dan premium.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 03

Dari sudut trenkuasa dan teknologi, seperti Yamaha R7 yang menggunakan asas motosikal 'naked' MT-07, Yamaha R9 juga dibina berasaskan satu lagi model 'naked' popular Yamaha, MT-09.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 04

Yamaha MT-09 2021

Justeru, ia berkemungkinan besar akan menggunakan enjin CP3, 889 cc, 3 Silinder Sebaris yang mampu menguluarkan kuasa setinggi 117.3 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 05

Dari sudut reka bentuk pula, sekalipun Yamaha R7 tiba dengan reka bentuk terkini dan futuristik, masih ada yang menyatakan ia tidak mencukupi.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 06

Untuk itu, seorang pereka grafik motosikal konsep terkenal, Kar Lee menerusi kardesignkoncepts di laman Instagram sekali lagi berusaha keras memberi bayangan reka bentuk Yamaha R9.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 07

Sebelum ini, Kar Lee pernah menggegar dunia permotoran menerusi lakaran imej render R9 yang dibuatnya pada 2017. Lakarannya itu mendapat maklumbalas positif di kalangan peminat motosikal dunia.

Yamaha R7 tak cukup 'cun'? Ini imej render R9, lagi mengancam dan mantap! 08

Tidak mahu bercerita panjang atau lanjut mengenai rekaan R9 daripada pereka grafik hebat ini, jom lihat saja video ini. Selamat menjamu mata.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda