window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'!

Khairil · Jan 27, 2023 06:00 PM

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 01

Motosikal dua lejang yang layak dilabel 'veteran', Yamaha RX-Z terus mencipta sensasi apabila sebuah unit motosikal berkenaan katanya berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 55,000, semalam.

Dikongsikan di laman Facebook oleh penjual barangan 'rare', Pokjacks Vtg Empire, motosikal Yamaha RX-Z berwarna kuning itu berjaya dijual kepada seorang pempengaruh TikTok terkenal, Abang Rong.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan harga yang dibayar untuk motosikal berkenaan boleh dianggap tak masuk akal, RM 55k yang dibuat menerusi transasksi atas talian.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 01

"SOLD OUT, RM55000.00. ALHAMDULILLAH.. BOLEH SIAPKAN VW KOMBI. SECARA RASMINYA SOLD OUT RXZ 2010.

"BUYER STEDY ABG RONGG DARI JB.. #ABAMRONGG," tulis Pokjacks Vtg Empire.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 02

Selain imej motosikal berkenaan, turut dikongsikan adalah transaksi bank yang dibuat oleh Abang Rong yang terkenal dengan 'konten' menukar cermin kereta termasuk kereta mewah 'Supercar'.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 03

Sebelum ini, Abang Rong dalam laman TikTok miliknya pernah meminta bantuan pengikutnya untuk mencari Yamaha RX-Z Catalyzer.

@abamrongg_oe Gais bantu bam rongg cari Ori RXZ Catalyzer #abamrongg #barakahautoglass #rxzcatalyzer ♬ original sound - Abam Rongg

Tiada sebarang maklumat mengenai kondisi Yamaha RX-Z yang dijual namun motosikal berkenaan dibuat pada tahun 2010.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 04

Tetapi pada harga berkenaan, ia haruslah berstatus 'Original sepenuhnya' atau memiliki peratus new old stock (NOS) yang tinggi.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 05

Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan watak 'Spark' turut melakukan urus niaga membabitkan Yamaha RX-Z dengan Pokjacks Vtg Empire.

Yamaha RX-Z 'buat hal' lagi, dijual dengan harga RM 55k kepada Abang 'TikTok' Rong 'cermin'! 06

Harga jualan untuk motosikal berkenaan adalah RM 43k dan dibayar tunai oleh Zul Huzaimy.

Kepada yang tak tahu, pada harga RM 55k, seseorang boleh membeli sebuah motosikal empat model baharu keluaran Yamaha, Y16ZR atau pun model 'Superbike' terpakai yang masih berada dalam kondisi yang baik.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda