window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!

Khairil ยท Sep 23, 2021 01:00 PM

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 01

Susah nak menidakkan populariti yang dimiliki motosikal dengan julukan 'Raja 2 lejang' Yamaha RX-Z. Sekalipun sudah dimamah usia, ia masih menjadi dambaan ramai pihak dan mampu dijual dengan harga tak masuk dek akal.

Terbaharu, tular sebuah motosikal Yamaha RX-Z dengan cover set 'Biru bohjan' didakwa berjaya dijual pada harga RM 60,000. Perkongsian itu dibuat seorang pemuda dengan nama Joe Shaari di media sosial Facebook miliknya.

Juga baca: Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 01

Sebagai info, pada harga berkenaan, anda boleh membeli sebuah motosikal lima model baharu keluaran Yamaha, Y16ZR atau pun model 'Superbike' terpakai yang masih berada dalam kondisi yang baik.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 02

Berbalik kepada iklan yang yang dilakukan Joe, sekalipun ada yang memperlekehkan dan mengecam tindakannya mengiklankan motosikal berkenaan dengan harga RM 62k, motosikal berkenaan berjaya dijual selepas sehari ia diiklankan. 

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 03

Dan pemilik baharu dan individu yang dikatakan sebagai 'berani' itu berasal dari negeri Jelapang Padi, Kedah. Turut disertakan bersama transaksi pembelian berkenaan.

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 04

"Alhamdulillah syukur syukur syukur.. rezeki Allah ini luas .. jangan kita kecilkan ia. RXZ biru bohjan terjual dengan 60k. Pemberani dari kedah. Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewek.

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 05

"Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada semua yang komen.. yg kecam tu kita rilek2 je kerana mereka lah yg tolong kita untuk femeskan posting kita. Senang cari buyer.

“Senang cari buyer.. Takde la sendu je tiada yang komen. Yang kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nak beli harga tu.

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 06

“Bila dah jual mereka kata tu semua marketing je padahal kawan2 yang snap gambar berlakon buyer.. joe dah lama jadi broker barang macam ni.. dah tak kesah janji dapat komisyen.. Barang2 macam ni saya sendiri pun tak terpikir dek akal kenapa harga dia mcm tu.. orang yang main bidang tu sahaja yang tahu.. 

“Bila pemintaan lebih banyak dari stock. Tu harga jadi tinggi.. sama je benda lain .. semalam kasut nike terjual RM70k , 3 minggu lepas sebiji hotwheels terjual RM 20K dan baju bundle terjual RM 28K.. bila kita tak duduk bidang tu kita memang fikir tak logik harga tu.. tapi yang kenal barang? Renung-renungkan."

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 07

Mengulas lanjut mengenai motosikal berkenaan, ia berada dalam kondisi 90 peratus new old stock (NOS).

Juga baca: Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru?

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 08

Selain motosikal RX-Z berkenaan, Joe turut menawarkan sebuah helmet Bell berwarna oren dengan harga RM 65k. Dan untuk jualan kombo, harga yang ditawarkan ialah RM 122,000 untuk kedua-dua barangan berkenaan.

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 09

Selain disifatkan terlalu mahal, ada pihak turut mempersoalkan status 90 peratus NOS  motosikal tersebut berikutan beberapa kesan calar yang ada pada motosikal berkenaan termasuk di bahagian fairing.

Juga baca: Yamaha RX-Z, 'tua' namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya?

Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k! 10

Malah ada yang mendakwa motosikal berkenaan berkemungkinan sudah menjalani proses restorasi berbanding NOS. Apapun, tahniah kepada penjual dan pembeli. Anda memang hebat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda