window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru?

Haris · Jul 3, 2021 01:00 PM

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 01

Demam Yamaha RXZ nampaknya belum berakhir dengan sebuah lagi model tersebut kini dibuka untuk jualan pada harga RM 115k. Model idaman ramai itu telah mencapai harga yang tidak masuk akal hasil daripada hype yang bukan-bukan oleh peminat industri permotoran.

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengguna Facebook, Nur Liyana Azman telah memuatnaik gambar Yamaha RXZ-NOS tersebut beserta dengan ‘bukti’ dokumentasi sebagai dakwaan bahawa ia masih belum didaftarkan (unregistered).

Dia juga turut mendakwa bahawa hanya menolong seorang rakan yang tidak dapat menjual motor tersebut sendiri kerana terperangkap di luar negara.

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 01

Selain itu, motorsikal tersebut turut didatangkan dengan buku panduan original.

Keadaan motosikal tersebut nampak sedikit meragukan kerana ia diliputi habuk dan debu yang tebal hasil daripada simpanan selama 10 tahun. Tolok odometer juga menunjukkan jarak perjalanan 1km dengan tolok minyak masih berbaki ¾ tangki.

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 02

Yamaha RXZ adalah sebuah model motosikal jenis ‘naked’ yang dikeluarkan sekitar tahun 1985 hingga 2011. Model ini menggunakan enjin 2 lejang 135 cc sejukan udara dengan transmisi 6 kelajuan. Yamaha RXZ merupakan sebuah motosikal paling digemari penunggang jalanan yang gemarkan kelajuan kerana didakwa mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 190 km/j.

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 03

Bukti unregistered

Trend menjual (dan membeli) Yamaha RXZ semakin lama semakin membingungkan. Pada awalnya, sebuah Yamaha RXZ Edisi Millenium keluaran terhad tahun 2000 dijual pada harga RM 70k.

Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru? 04

Kemudian, youtuber terkenal Rudy Norman pula telah membeli sebuah Yamaha RXZ-NOS (model yang sama dan tahun yang sama) pada harga RM 100k yang menjadi bualan sensasi warganet.

Adakah ini harga yang setimpal untuk raja jalanan Yamaha RXZ? Berikan pendapat anda di ruangan komen!

Bacaan Lanjut:

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja?

Nak bagi ‘Ysuku’ tapi Yamaha RXZ dan Yamaha NVX jadi hantaran pengantin pun jadilah!

Yamaha RX-Z versi baharu di Malaysia. Realiti atau sekadar spekulasi liar?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda