window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November!

Khairil · Oct 1, 2021 06:00 PM

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 01

Mengikuti pelancaran 'World premiere' di Amerika Syarikat pada Mei lalu, jentera 'Sportbike' terbaharu Yamaha, YZF-R7 2022 kini mempunyai tanda harga di pasaran Eropah iaitu bermula £ 8,200 (RM 46,169).

Harga berkenaan adalah lengkap atas jalan bagi model Standard namun untuk versi istimewa, R7 Edisi 60th GP Anniversary harganya adalah £ 8,500 (RM 47,856).

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancar, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 01

Kedua-dua versi R7 berkenaan akan mula berada di bilik pameran Yamaha pada November ini.

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 02

Sebagai perbandingan, pencabarnya dalam kelas sama antaranya Aprilia RS660 dijual pada tanda harga jauh lebih mahal iaitu £ 10,149 (RM 57,130).

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 03

Begitupun, pencabarnya dari Jepun dijual lebih murah dengan Honda CBR650R datang dengan penawaran £ 8,149 (RM 45,872) manakala Kawasaki Ninja 650 dijual pada harga bermula £ 7,349 (RM 41,368). 

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 04

Penawaran harga itu meletakkan Yamaha YZF-R7 2022 sebagai antara pilihan yang berbaloi terutama dengan spesifikasi dan teknologi yang dipadankan terhadap motosikal ini terutama untuk versi edisi terhad 60th GP Anniversary.

Mengulas ringkas spesifikasi YZF-R7 2022, ia dibangunkan menggunakan platform model 'Naked' popular Yamaha, MT-07 versi terbaharu dengan trenkuasa sama iaitu enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 8 Injap, DOHC. 

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 05

Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, ia turut dilengkapi sistem Assist & Slipper (A&S) dengan teknologi Quick Shift System (QSS) boleh didapati secara opsyen.

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 06

Kuasa yang dihasilkan oleh jentera ini adalah 73.4 PS pada 8,750 rpm dengan tork 67 Nm pada 6,500 rpm dan sebagai model baharu, ia turut dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan tunggangan yang canggih.

Yamaha sahkan harga YZF-R7 2022 di Eropah, bermula RM 46k, pelancaran pada November! 07

Tidak diketahui bila YZF-R7 2022 ini akan tiba di pasaran Malaysia namun sebagai peringatan, jangan terlalu berharap ia dijual pada tanda harga sama di Eropah jika ia tiba di tanah air nanti.

Sumber: Visordown


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda