Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903!

Khairil · May 24, 2021 02:00 PM

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 01

Yamaha Sniper 155 2021 atau dikenali sebagai Yamaha Y16ZR di Malaysia tiba secara rasmi di pasaran Filipina dan hadir dengan dua varian bersama empat pilihan warna yang menarik.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Dua varian berkenaan adalah Yamaha Sniper 155 (Standard) dan Yamaha Sniper 155R yang lebih premium dan sama seperti versi Yamaha Y16ZR 2021 yang diperoleh di pasaran Malaysia.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 01

Sebagai perbandingan, perbezaan diantara varian Sniper 155 dan Sniper 155R ialah membabitkan beberapa kelengkapan tambahan seperti sistem kunci pintar (Smart Key), fungsi jawab semula, brek cakera depan dengan kaliper dua piston dan soket kuasa DC 12V.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 02

Tiada perbezaan dari sudut spesifikasi teknikal atau reka bentuk untuk kedua-dua varian.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 03

Kedua-duanya menggunakan enjin sama bersesaran 155 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, SOHC, 4 Injap bersama teknologi VVA (Variable Valve Actuation) dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan bersama-sama sistem Assist & Slipper Clutch.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 04

Kuasa yang dihasilkan adalah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dengan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.

Juga baca: 5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2) "Y-Suku"!

Seperti Malaysia, selepas memainkan 'teaser' di laman Facebook syarikat berkenaan selama beberapa hari, majlis pelancaran dibuat secara maya di laman Facebook rasmi yang turut menampilkan Pengerusi Yamaha Filipina, Masato Fernando.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 05

Selain kelengkapan aksesori, perbezaan diantara kedua-dua varian adalah pilihan warna dan harga. Untuk Sniper 155, tiga pilihan warna menarik boleh dipilih iaitu Race Blue, Yellow Hornet dan Black Raven.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 06

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 07

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 08

Bagi varian Sniper 155R pula, hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Matte Titan yang jelas menarik.

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 09

Untuk harganya, Sniper 155 dijual pada tanda harga ₱ 114,900 (RM 9,903),manakala untuk Sniper 155R, ia datang dengan harga ₱ 120,900 (RM 10,420).

Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903! 10

Apa yang pasti, selepas pelancaran Sniper 155 2021 di Filipina yang mengikuti pelancarannya di Vietnam dan Malaysia, ia pasti membuatkan pengguna di dua pasaran besar Asean, Thailand dan Indonesia tidak senang duduk. Selamat menjamu mata.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru