window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k!

Khairil ยท Nov 24, 2021 12:30 PM

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 01

Selepas lebih sebulan berteka-teki, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya mengumumkan harga bagi penawaran terbaharunya, Yamaha Tracer 9 GT 2021 yang kini boleh disambar pada harga RM 69,498 (asas).

Ia mengikuti pengumuman harga satu lagi model, Yamaha MT-09 2021 minggu lalu dengan kedua-dua model dipertontonkan secara ekslusif ketika majlis pelancarkan skuter sport, Yamaha TMax 560 2021, 15 Oktober lalu.

Juga baca: HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 01

Sebagai info, harga RM 69,498 adalah asas dan tidak termasuk cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran.

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 02

Sebagai model generasi baharu yang menggantikan Yamaha Tracer 900 GT, Yamaha Tracer 9 GT 2021 mengalami pelbagai perubahan termasuk dari sudut luaran dan spesifikasi trenkuasa.

Juga baca: HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT!

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 03

Seperti model Yamaha MT-09 2021 yang diberi peningkatan dari sudut kuasa, ia kini menggunakan enjin dengan sesaran lebih besar iaitu 889 cc, 3 Silinder Sebaris, 4 Lejang, DOHC berbanding 847 cc pada generasi sebelumnya.

Enjin yang patuh piawaian Euro 5 ini didakwa Yamaha lebih ringan, cekap dan lebih berkuasa sekaligus memberikan Tracer 9 GT penggunaan bahan api yang lebih efisen, sesuai buat penggemar touring di negara ini.

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 04

Dari sudut kuasa, Yamaha Tracer 9 GT 2021 ini menghasilkan 117 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm. Sebagai perbandingan, generasi sebelumnya menghasilkan 113 Hp pada 10,000 rpm dan tork 87.5 Nm pada 8,500 rpm.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 05

Sistem transmisi menggunakan 6 kelajuan lengkap dengan Assist & Slipper dan 'quickshifter'. Selain enjin, Yamaha turut mengemaskini kerangka Deltabox Tracer 9 GT 2021 yang dikatakan lebih ringan dan lengan ayun yang lebih panjang. Ia dikatakan meningkatkan lagi kestabilan tunggangan.

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 06

Selain itu, Tracer 9 GT 2021 ini dilengkapi dengan perkakasan elektronik canggih iaitu sistem kawalan IMU 6-axis dari R1 model 2015 yang mengawal sistem seperti 'Traction control', kawalan gelincir, kawalan wheelie dan kawalan brek termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Empat mod tunggangan tunggangan turut ditawarkan.

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 07

Sistem brek pula menggunakan cakera berganda 298 mm (depan) bersama cakera tunggal 245 mm (belakang) lengkap dengan dua mod ABS manakala set roda 20/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 08

Suspensi pula menggunakan jenama Kayaba dengan fungsi boleh laras sepenuhnya menerusi fork jenis terbalik (USD) 41 mm dan ketinggian pelana boleh dilaras tanpa menggunakan 'tools'.

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 09

Apa yang menarik, paparan panel meter yang digunakan adalah jenis berkembar TFT 3.5 inci yang jelas lebih moden selain beberapa ciri lain seperti 'heated grip’,‘cornering light’ dan lampu LED sepenuhnya.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Pilihan warna yang ditawarkan adalah dua iaitu:

  • Icon Performance 
  • Redline

Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k! 10

Setiap pembelian datang dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km dan sebagai tambahan, 300 pembeli pertama akan menerima beg kunci ekslusif daripada Royal Selangor dan kunci cakera keselamatan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda