window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau!

Khairil · Apr 17, 2022 06:00 PM

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 01

Teruja mungkin perkataan tepat bagi menggambarkan perasaan penulis ketika menerima pelawaan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk menunggang uji antara penawaran terbaharunya di pasaran tempatan, Yamaha Tracer 9 GT.

Apa tidaknya, model generasi terbaharu dalam keluarga Tracer itu sememangnya berada dalam 'bucket list' penulis sejak ia mula memasuki pasaran Malaysia penghujung tahun lalu.

Juga baca: Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 01

Justeru, peluang untuk menguji kemampuan dan kehebatan jentera yang dijual pada angka RM 69,500 (asas) ini memang sesuatu yang amat ditunggu-tunggu dan mencipta keterujaan.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 02

Untuk menguji model yang dikatakan diberi pembaharuan hampir 100 darjah namun mengekalkan 'aura' tradisi Tracer ini, penulis melakukan perjalanan ke beberapa destinasi antaranya ke lokasi terhujung di benua Asia, Tanjung Piai Johor.

Juga baca: HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 03

Selain itu, penulis turut menikmati kuasa yang dihamburkan motosikal ini ketika mendaki dengan melayan selekoh di Genting Highland, perjalanan malam ke Litar Sepang dan menikmati keindahan lebuhraya yang menjadi fenomena bagaikan di New Zealand, Lebuhraya Temiang-Pantai

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 04

Sebagai permulaan, menjadi salah satu model aras tinggi yang dibawa masuk HLYM ke Malaysia membuatkan Yamaha Tracer 9 GT memiliki penawaran yang boleh disifatkan sebagai serba serbi lengkap.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 05

Jika di luar negara ada beberapa varian Tracer 9 GT ditawarkan, HLYM hanya membawa masuk satu varian. Begitupun, ia adalah varian yang lengkap dengan pelbagai 'jajan' dan berteknologi canggih.

Juga baca: HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT!

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 06

Rekaan 'sedap mata memandang'

Mungkin ada yang melihat rekaan Yamaha Tracer 9 GT yang berubah hampir sepenuhnya berbanding generasi sebelumnya ini sebagai pelik tetapi selepas beberapa hari melihatnya, ia sememangnya pembaharuan yang bijak dari Yamaha. Masih mengekalkan ciri lampu siang DRL berkembar, ada aura YZF-R1 turut diselitkan kepada Tracer 9 GT terutama dengan dengan rekaan lampu utamanya.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 07

Secara keseluruhan, rekaannya tampak cukup moden dan tidak membosankan. Ketika 'melayan' lebuhraya Plus menuju ke Johor, dapat dilihat banyak lirikan mata menjeling ke arah motosikal ini sewaktu berhenti rehat atau mengisi minyak.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 08

Dan ketika sesi bergambar dilakukan tidak kira di mana saja lokasi, ia sememangnya dapat menarik perhatian untuk orang memandangnya terutama kepada penggemar motosikal.

Juga baca: Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k!

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 09

Prestasi, kuasa tunggangan yang mantap

Dipacu enjin CP3 889 cc, 3 Silinder, 4 Lejang, 12 Injap, DOHC, yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan, kuasa dihamburkan oleh Yamaha Tracer 9 GT ini sememangnya cukup berprestasi.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 10

Mudah untuk menyatakan yang menunggang Yamaha Tracer 9 GT di atas lebuh raya memang memberikan rasa 'syok' kepada penulis. Ia mempunyai kuasa yang diperlukan ketika ingin memecut malah langsung tiada rasa tiada rasa lelah ketika melayan laluan kanan yang sememangnya berkelajuan tinggi.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 11

Kemampuan sama turut dirasai ketika mendaki dan melayan selekoh di Genting Highland. Sekalipun dimensinya boleh dianggap besar, ia mampu mengambil selekoh dengan baik dibantu sistem elektronik yang dibekalkan. Seperti dinyatakan, apa yang penting adalah jangan terlalu berani dan sedar kemampuan diri.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 12

Sistem elektronik canggih

Kepada penunggang 'nubis' seperti penulis, sistem elektronik yang dipadankan kepada Yamaha Tracer 9 GT boleh disifatkan sebagai lengkap. Dipadankan dengan sistem kawalan IMU 6 axis yang canggih diambil daripada model Yamaha YZF-R1, ia memiliki 'Traction Control System, Slide Control System dan 'Front Wheel lift Control System' yang sememangnya cukup membantu.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 13

4 mod tunggangan yang dimiliki motosikal ini memang membantu. Sistem 'Traction Control' yang mempunyai tiga tetapan juga memudahkan. Dan jika anda tidak puas dengan mod yang disediakan, turut tersedia mod 'user' yang membolehkan anda melenjan motosikal ini mengikut selera dan kemampuan anda.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 14

Bersama dengan teknologi Quickshifter, ia menjadikan kawalan terhadap motosikal ini bertambah senang dan mencetuskan rasa syok terutama ketika 'downshift'. Di lebuhraya, antara yang 'memikat' penulis adalah sistem 'Cruise Control'.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 15

Sekalipun menunggang Yamaha Tracer GT ini tidak memenatkan berikutan tiada gegaran yang menjengkelkan dirasai, ia sememangnya tambahan yang dialu-alukan. Malah untuk sesiapa yang gemar mengembara jauh, anda pasti cemburu dengan rakan yang memiliki ciri ini. 

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 16

Tak penat menunggang jauh

Tipikal motosikal 'Touring', posisi tunggangan Yamaha Tracer 9 GT ini sememangnya santai dan cukup selesa. Dan input yang diperoleh daripada pembonceng juga serupa.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 17

Memiliki visor angin boleh laras dua tetapan, sekalipun tetapannya agak mudah untuk dikendalikan, namun ia bergantung kepada citarasa penunggang dan jujur, mungkin ada pemilik yang memilih visor 'after market' berbanding 'stock'. 

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 18

Dari sudut penggunaan bahan api pula, Yamaha Tracer 9 GT seperti jentera berkuasa lain, jika dikerah sepuas-puasnya atau mengkikut selera tangan pasti menyedut banyak petrol.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 19

Berbicara mengenai pencahayaan pula, sistem lampu LED yang dibekalkan kepada motosikal ini sudah cukup terang dan langsung tidak mendatangkan cemas buat penulis ketika meredah laluan malam ke SIC.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 20

Panel meter berkembar yang digandingkan kepada Tracer 9 GT juga menjalankan tugasnya dengan baik. Bukan saja unik, ia juga mudah dilihat dan senang diakses tidak kira ketika terik mentari atau di waktu malam.

Besar sangat ke?

Jika ada yang merasakan Yamaha Tracer 9 GT terlalu besar, pendapat itu mungkin benar berdasarkan saiz terutama buat sesiapa yang kurang ketinggian tetapi sejujurnya, ia tidaklah sukar untuk dikendalikan.

Juga baca: Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit!

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 21

Sekalipun besar dan tinggi, ia cukup stabil dan mudah untuk dikendalikan. Dari sudut suspensi, antara pembaharuan generasi terbaharu Yamaha Tracer 9 GT adalah penggunaan sistem suspensi (depan) separa-aktif elektronik bersama 2 tetapan A-1 dan A-2 dan tiada aduan daripada penulis mengenainya.

Sistem brek yang dibekalkan juga mantap. Untuk tunggang uji kali ini, kami tidak berpeluang menguji Yamaha Tracer 9 GT ini ketika hujan lebat tetapi yakin dengan kemampuan tayar yang dibekalkan oleh kilang.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 22

Apa yang kurang 'best'

Sudah menjadi lumrah manusia, susah untuk mencari keburukan terhadap sesuatu yang kita gemari. Dan ia sama buat penulis kepada Yamaha Tracer 9 GT ini. 

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 23

Seperti kebanyakan 'komplen' pemiliknya, Yamaha Tracer memang mempunyai jarak lega bumi yang rendah jadi untuk ia bergesel dengan permukaan sememangnya cukup mudah dan jika berlaku, ia pastinya mengakibatkan sakit hati.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

Untuk model yang dipinjamkan Yamaha kepada media, kotak yang dibekalkan oleh Yamaha daripada jenama Givi juga terlalu besar terutama box sisi 'pannier'. Apa tidaknya, ia berjaya mencipta gerun kepada penulis untuk melalui jalan yang sesak kerana takut bergesel dengan kenderaan lain.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 24

Kesimpulan

Sebagai model yang menjadi pilihan dan idaman ramai orang, antara yang menjadi kebimbangan untuk Yamaha Tracer 9 GT adalah mengenai harganya yang dilihat naik 'mencanak' berbanding generasi terdahulu.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 25

Tetapi seperti pepatah inggeris 'jangan menilai buku daripada kulitnya', jujur dikatakan wang yang akan dilaburkan untuk mendapatkan jentera ini atau 'upgrade' sememangnya berbaloi.

Yamaha Tracer 9 GT, gaya, prestasi mampu bikin angau! 26

Apa tidaknya, ramai rakan yang penulis temui, termasuk yang dulunya kaki 'leper' sedang berkira-kira untuk mendapatkan Yamaha Tracer 9 GT ini. Dan bagi penulis, sudah tiba masanya untuk menabung.

Juga baca: Rebiu Yamaha MT-09 2022: Baloi bayar RM 54.9k untuk 'Naked' 3 Silinder, rekaan radikal, canggih? Ini jawapan kami


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda