window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin!

Khairil · Oct 28, 2022 01:00 PM

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 01

Satu perkhabaran gembira dan dinanti-nanti buat peminat skuter 'Super' popular Yamaha dengan lencana XMax akhirnya muncul apabila model berkenaan kini mendapat peningkatan yang komprehensif di pasaran Eropah.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 02

Sebagai permulaan, Yamaha XMax di pasaran Eropah dijual dalam dua versi iaitu Yamaha XMax 125 dan XMax 300. Ia turut dihasilkan dengan varian tertinggi, Tech Max. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dapat warna, harga asas baharu di Malaysia, RM 22.3k!

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 01

Di pasaran Malaysia, model berkenaan seperti diketahui datang dengan nama Yamaha XMax 250 dan seperti di Eropah, ia juga menjadi antara skuter paling sukar untuk mempunyai stok sedia ada di kedai.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 02

Sedia maklum, pelancaran generasi terbaharu Yamaha XMax ini mengikuti laporan intip terdahulu. Dan apa yang menarik, ia bukan saja mendapat kemas kini dari sudut rekaan, malah dipadankan dengan teknologi lebih canggih.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 03

Seperti 'abang' besarnya Yamaha TMax, Yamaha XMax (2023) yang sudah sedia 'hensem' ini mendapat kemas kini di bahagian rekaan paling ketara dengan 'muka baharu' berbentuk 'X' di bahagian depan.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 04

Tema 'X' itu berterusan di bahagian belakang dengan bentuk X muncul apabila lampu belakang dinyalakan. Dari sudut rekaan panel badan pula, Yamaha XMax terbaharu ini tampil dengan rekaan lebih bersegi, tajam dan sasa.

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k!

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 05

Di bahagian trenkuasa, Yamaha XMax 125 (2023) dipadankan dengan enjin 125 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 12 Hp pada 8,000 rpm dan tork 11.2 Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 06

Yamaha XMax 300 (2023) pula digandingkan dengan enjin bersesaran 292 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 27.6 Hp pada 8,000 rpm dan tork 29 Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 07

Seperti biasa, tiada perubahan dari sudut rekaan untuk kedua-dua versi Yamaha XMax 125 dan 300 (2023).

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 08

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 09

Ciri-ciri menarik lain yang turut dipadankan termasuklah Sistem Kawalan Traksi, Sistem Lampu LED penuh, rekaan pelana yang baharu lebih selesa, storan bawah pelana yang boleh memuatkan 2 helmet, Sistem Kunci Pintar, Visor angin dan bar hendal boleh laras.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 10

Dan seperti biasa, varian Tech Max akan menerima segala 'jajan' yang best termasuk sambungan ke telefon bimbit serta boleh dipadankan dengan sistem navigasi Garmin menerusi kluster instrumen meter berwarna TTF bersaiz 4.2 inci.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 11

Sedikit mengecewakan, varian Standard hanya menggunakan panel meter digital LCD bersaiz 4.3 inci namun masih mempuntai sambungan ke telefon bimbit.

Tambahan lain untuk varian Tech Max adalah seperti penggunaan pelana bergaya-kulit, penutup motosikal dan peg kaki aluminium. Dan untuk lebih premium, komponen plastik untuk varian itu turut dirawat dengan kemasan metalik separa logam khas yang meningkatkan gaya keseluruhan skuter berkenaan.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 12

Seperti kebiasaan, selepas pasaran Eropah, dijangkakan pembaharuan terhadap XMax ini akan tiba di pasaran lain termasuk Asia. 

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 13

Menurut Yamaha, sejak diperkenalkan pada tahun 2006, Yamaha XMax dan TMax menjadi dua skuter paling laris di dunia dengan jualan melebihi 720k unit sejak 16 tahun lalu.

Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin! 14

Dan di pasaran Malaysia, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kebiasaan hanya akan membawa masuk satu varian dan dijangka ia adalah varian Yamaha XMax 250 yang paling 'best'. Anda tak sabar, ya kami pun sama.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda