window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?

Khairil · Nov 16, 2022 04:00 PM

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 01

Skuter maxi suku liter Yamaha, XMax 250 sememangnya cukup popular di pasaran Malaysia dan populariti itu membuatkan model berkenaan cukup sukar mempunyai stok sedia di pasaran.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 02

Yamaha XMax 300 di pasaran Eropah

Selepas agak lama tidak mendapat kemas kini komprehensif, versi terbahru skuter itu akhirnya membuat debut di Indonesia dengan nama Yamaha XMax 250 Connected (2023). Ia mengikuti pelancaran versi terbaharu 'saudaranya', Yamaha XMax 300 di pasaran Eropah.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 01

Yamaha XMax 250 Connected (2023)

Mengulas pembaharuan Yamaha XMax 250 Connected (2023), antara yang berubah adalah dari sudut rekaan menerusi panel badan serba baharu yang tampil lebih 'tajam' dan agresif.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 02

Dan ia benar-benar mengikuti namanya menerusi rekaan lampu depan dan belakang baharu yang tampil dengan rekaan berbentuk 'X' ketika dinyalakan manakala posisi lampu signal juga turut berubah diposisi di bahagian tepi visor angin.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 03

Tetapi pembaharuan paling mengujakan adalah ia kini menggunakan panel meter jenis TFT berwarna yang memang amat dinanti-nantikan ramai dan lengkap dengan ciri Connected.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 04

Susulan pelancaran itu, ramai peminatnya di Malaysia tertanya-tanya bila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan membawa model berkenaan ke pasaran tempatan.

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin!

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 05

Sumber imej: FB Nuzul Baie via xmax owners club malaysia

Seperti tidak mahu menunggu masa yang lama, ada perkembangan mengujakan timbul apabila pihak HLYM didapati sedang menguji model berkenaan untuk mendapat VTA. Imej model berkenaan sedang diuji itu berjaya dintip seorang di laman sembang Facebook, Yamaha XMax Owner Malaysia.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 06

Melihat kepada imej yang tular, ia sememangnya adalah versi terbaharu seperti Yamaha XMax 250 Connected sekalipun imej yang tular adalah dari bahagian belakang.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 07

Di pasaran Indonesia, menurut laporan rakan media rasmi kami Autofun.id, model berkenaan akan mula diterima pembeli pada Disember ini.

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dapat warna, harga asas baharu di Malaysia, RM 22.3k!

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 08

Mengulas pembaharuan menerusi penggunaan kluster instrumen baharu itu, ia kini menggunakan digital sepenuhnya dan mempunyai ciri sambungan ke telefon pintar dan lengkap dengan sistem navigasi Garmin. Di bahagian atas panel tersebut turut terletak skrin digital LCD yang memaparkan informasi seperti speedometer dan sebagainya.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 09

Tiada perubahan dilakukan Yamaha di bahagian trenkuasa dengan enjin kekal bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 10

Kuasa yang dihasilkan adalah 22.5 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 24.3 Nm pada 5,500 rpm.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 11

Sistem suspensi yang digunakan adalah fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 12

Seperti versi terdahulu, ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem lampu LED penuh, Sistem Kunci Pintar, Soket Pengecas, bar hendal dan visor angin boleh laras, Lampu Kecemasan dan Kawalan Traksi.

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k!

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 13

Informasi penting lain adalah seperti penggunaan set roda 120/70-15 (depan) 140/70-14 (belakang), ketinggian pelana 795 mm, ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 44.9 liter yang mampu memuatkan dua helmet, tangki bahan api 13 liter dan berat 181 kg.

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 14

Di pasaran Indonesia, Yamaha XMax 250 Connected (2023) ditawarkan bersama harga jualan Rp. 66,000,000 (RM 19,987).

Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat? 15

Mengikut informasi awal, HLYM tidak lagi mempunyai perancangan untuk melancarkan sebarang model baharu pada tahun ini. Jadi, kemungkinan besar Yamaha XMax 250 Connected itu dijadual dilancar pada tahun depan. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda