window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan?

Khairil ยท Nov 29, 2022 12:00 PM

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 01

Mengikuti pelancaran 'premiere' di Eropah, Yamaha Motor Thailand dijadual melancarkan versi terbaharu skuter maxi handalan jenama itu, Yamaha XMax 300 (2023) sempena acara Thailand Motor Expo 2022 bulan depan.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 02

Tampil dengan rekaan serba baharu yang katanya lebih elegan dan futuristik (bersegi), Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu ini membuat penampilan sulung di Eropah pada bulan lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin!

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 01

Poster mengenai Yamaha XMax 300 serba baharu akan dilancar di Thailan Motor Expo 2022

Tetapi lebih menarik, 'Adik kembarnya' iaitu Yamaha XMax 250 (2023) juga tidak menunggu masa lama untuk debut di Indonesia. Sebagai salah satu pasaran motosikal/skuter terbesar dunia, ia bukanlah sesuatu yang pelik buat Indonesia memperoleh skuter berkenaan lebih awal, sama seperti Thailand.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 02

Kembali kepada pelancaran Yamaha XMax 300 (2023), perkembangan mengenainya diperoleh daripada laporan media di Thailand lebih awal dengan pengumuman mengenainya turut dibuat di laman sosial rasmi Yamaha Thailand.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 03

Selain perubahan rekaan yang cukup ketara, Yamaha XMax 300 (2023) di pasaran Eropah turut mendapat kemas kini yang komprehensif di bahagian teknologi.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 04

Tidak lagi menggunakan panel meter gabungan analog dan digital, versi terbaharu skuter ini tampil dengan panel meter TFT berwarna (versi TechMax) yang turut memiliki ciri navigasi Garmin.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 05

Selain itu, ia turut datang dengan ciri sambungan ke telefon bimbit menerusi aplikasi Myride, Sistem Kunci Pintar dan pelbagai lagi ciri menarik.

Di bahagian trenkuasa, tiada perubahan berlaku dengan Yamaha XMax 300 (2023) ini kekal dengan enjin 292 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik. 

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 06

Kuasa yang dihasilkan berada pada angka 28 Hp pada 7,250 rpm dan tork 29 Nm pada 5,750 rpm.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Yamaha XMax 250 (2023) serba baharu sudah pun dilancarkan di pasaran jiran Indonesia dengan tempahan sudah pun dibuka dengan penghantaran pertama dijadual tidak lama lagi.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 07

Sumber imej: Media sosial

Tetapi apa yang menarik, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga sedang sibuk menjalankan ujian terhadap Yamaha XMax 250 serba baharu itu dengan beberapa imej foto intip sudah pun tersebar di media sosial.

Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan? 08

Sumber imej: Media sosial

Dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, skuter berkenaan tidak akan menunggu masa yang lama untuk dilancarkan berdasarkan popularitinya di pasaran tempatan dan dijadual pada suku pertama tahun depan. Sama-sama kita tunggu.

Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda