window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k!

Khairil · Dec 1, 2022 05:30 PM

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 01

Skuter popular yang membuat 'debut' global di Eropah pada Oktober lalu, Yamaha XMax 300 (2023) akhirnya membuat kemunculan di pasaran Thailand dan dirasmikan oleh Yamaha Motor Thailand sempena Thailand Motor Expo 2022 yang sedang berlangsung.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 02

Sumber imej: FB Yamaha Society Thailand

Seperti diketahui, Yamaha XMax (2023) bukan saja mengalami perubahan 'drastik' dari sudut rekaan, namun turut dikemaskini daripada sudut teknologi yang lebih canggih.

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 01

Justeru kerana popularitinya, ia menjadi antara model paling dinanti-nantikan di rantau ini termasuk di Malaysia (XMax 250) yang turut dijangka akan tiba di pasaran dalam tempoh yang berkemungkinan tidak begitu lama saja lagi.

Dan ia bukan satu khabar angin kerana model berkenaan sudah pun berjaya diintip menjalani ujian jalan raya dan turut kami laporkan sebelum ini.

Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 02

Berbalik kepada cerita Yamaha XMax 300 (2023), tidak seperti pasaran Eropah, hanya satu varian skuter itu ditawarkan di pasaran Thailand yang dikenali sebagai Yamaha XMax Connected (2023). 

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 03

Bermula dari sudut rekaan, antara perubahan paling ketara ialah bahagian depan yang menyaksikan XMax mendapat 'muka baharu' berbentuk 'X' dan tema itu berterusan di bahagian belakang. Selain itu, rekaan panel badan secara keseluruhan kekal sasa namun lebih bersegi dan 'tajam'.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 04

Sesi tunggang uji yang dilakukan rakan media kami di Thailand, Autofun

Pembaharuan lain yang cukup ketara dan dinanti-nantikan adalah di bahagian kluster meter yang serba baharu. Tidak lagi menggunakan panel meter jenis analog, Yamaha XMax Connected (2023) datang dengan penal meter jenis TFT berwarna bersaiz 4.2 inci.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 05

Tidak cukup dengan satu panel meter, turut tersedia adalah panel meter LCD bersaiz 3.2 inci yang mempamerkan maklumat seperti speedometer dan sebagainya.

Dan seperti namanya 'Connected', panel meter TFT itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan turut boleh disambung dengan telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect menerusi Bluetooth. Sebagai tambahan, ia turut mempunyai sistem navigasi Garmin StreetCross.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 06

Jika diteliti, pembaharuan turut dibuat di bahagian pelana, visor angin dan beberapa lagi perincian dengan sistem brek (cakera tunggal depan belakang lengkap ABS) turut ditala semula untuk mendapatkan prestasi lebih baik.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 07

Di bahagian trenkuasa, Yamaha XMax 300 Connected (2023) pula digandingkan dengan enjin bersesaran 292 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan sistem transmisi automatik. 

Kuasa yang dihasilkan adalah 27.6 Hp pada 8,000 rpm dan tork 29 Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 08

Gray Ice Fluo

Seperti Yamaha XMax 300 sebelum ini, ciri-ciri menarik termasuk Sistem Kawalan Traksi, Sistem Lampu LED penuh, storan bawah pelana yang boleh memuatkan 2 helmet, Sistem Kunci Pintar, Visor angin dan bar hendal boleh laras turut dikekalkan.

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 09

Midnight Black

 

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 10

Icon Blue

Selain itu, informasi lain adalah seperti soket pengecas DC 12V, tangki bahan api 13 liter dan set roda bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang).

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 11

Ruby-Red

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 12

Dark Petrol

Di pasaran Thailand, Yamaha XMax Connected (2023) tiba dalam 5 pilihan warna iaitu: 

  • Dark Petrol
  • Ruby-Red
  • Gray Ice Fluo
  • Midnight Black
  • Icon Blue

Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k! 13

Harga jualan yang ditetapkan adalah 189,900 baht (RM 23,903) dan sudah pun boleh ditempah sempena Thailand Motor Expo 2022 dengan penghantaran dijadualkan pada Januari tahun depan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda