window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022!

Khairil ยท Dec 16, 2021 06:00 PM

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 01

Yamaha baharu saja melancarkan generasi terbaharu skuter 'Sport' paling berkuasanya, Yamaha TMax 2022 dengan rekaan serba baharu. Justeru, timbul persoalan bilakah 'adiknya', XMax akan memperoleh layanan sama. 

Dan berdasarkan laporan media automotif Greatbiker.com, penantian itu berkemungkinan tidak lama dengan jenama Jepun itu dikhabarkan sedang menaiktaraf model hangat berkenaan dan bakal dilancarkan seawal tahun depan. 

Juga baca: Yamaha TMax, TMax Tech Max 2022 dah muncul, rekaan lebih sporty, teknologi dipertingkat!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 01

Yamaha XMax 2020

Ketika ini, terdapat beberapa varian Yamaha XMax di pasaran antarabangsa dengan sesaran enjin berbeza berikutan pengkelasan lesen memandu. Di Malaysia, varian yang dijual adalah XMax 250 manakala di Thailand XMax 300.

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 02

Yamaha TMax 2022

Untuk generasi terbaharu XMax, ia dikatakan mengambil inspirasi daripada TMax terkini iaitu dengan penampilan yang lebih sporty menerusi penggunaan panel badan yang tajam dan kompak.

Juga baca: HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT!

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 03

XMax 300 di pasaran Eropah

Sebagai model generasi terbaharu, antara naik taraf lain yang dijangka diberi perhatian termasuklah di bahagian suspensi, brek dan sistem elektronik.

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dijangkakan namun ia pastinya bakal mematuhi piawaian emisi Euro5. Dari sudut teknologi, ia dijangka akan memperoleh sambungan Yamaha Y-Connect.

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 04

Antara sebab mengapa Yamaha ingin menaiktaraf XMax adalah kerana rekaan sedia ada sudah terlalu lama tidak mengalami perubahan sejak beberapa tahun lalu.

Juga baca: Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit!

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 05

Selain itu, ia susulan saingan saingan yang diberikan pesaingnya termasuklah Honda Forza 350 dan ditambah dengan kehadiran Honda ADV 350 yang dilancarkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, baru-baru ini.

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 06

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 07

Di Malaysia, Yamaha XMax 250 menggunakan enjin 249 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, SOHC yang digandingkan dengan sistem transmisi pula adalah V-Belt Automatik. Kuasa yang dihamburkan adalah 22.8 Hp pada 7,000 rpm dan tork 24 Nm pada 5,500 rpm.

Juga baca: Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607!

Yamaha XMax generasi terbaharu dalam pembikinan, teknologi, rekaan ambil inspirasi TMax 2022! 08

Ketika ini, Yamaha XMax 250 masih lagi dianggap 'raja' dalam kelasnya di Malaysia dengan permintaannya kekal tinggi. Justeru jika perkhabaran ini benar, ia sememangnya mampu mengekalkan terus takhta berkenaan.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Sebelum itu, jom kita 'layan' video Yamaha XMax terbaharu di bawah.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda