window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya?

Khairil · Dec 2, 2021 08:00 PM

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 01

Selepas dilancarkan secara 'World premiere' di India beberapa bulan lalu, jentera 'Sportbike' aras mula yang 'hensem', Yamaha YZF-R15 V4 2021 akhirnya tiba di pasaran rantau Asean dimulakan dengan Indonesia.

Sebagai model generasi baharu, pelbagai naik taraf dan pembaharuan yang diberikan kepada YZF-R15 V4 2021 ini dengan paling ketara pastinya membabitkan reka bentuknya yang cukup bergaya dan mempunyai DNA perlumbaan jenama berkenaan.

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 01

Menjadi negara kedua menerima model berkenaan, 3 varian Yamaha YZF-R15 V4 ditawarkan di seberang iaitu Yamaha YZF-R15 V4 Connected, Yamaha YZF-R15M V4 Connected – ABS, dan Yamaha YZF-R15M V4 Connected – ABS World Grand Prix 60th Anniversary. 

Dari sudut trenkuasa, ketiga-tiga varian menggunakan enjin yang sama iaitu 155.09 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, SOHC, 4 Injap dengan teknologi VVA dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.

Juga baca: Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September!

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 02

Kuasa yang dihasilkan adalah 19 Hp pada 10,000 rpm dengan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm. Dan menerusi rekaan serba baharu ini, ia dikatakan lebih aerodinamik. 

Tetapi apa yang menarik, seperti jentera 'Sportbike' hebat jenama itu, YZF-R1 dan R7, model aras mula ini turut dilengkapi lampu depan lampu utama LED tunggal yang diapit oleh sepasang lampu siang (DRL) yang sememangnya mengancam.

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 03

Antara ciri-ciri standard yang dikongsi YZF-R15 dan YZF-R15M V4 termasuklah teknologi Yamaha Y-Connect, fork jenis terbalik (USD), Klac Assist & Slipper, lampu depan dan belakang LED, suspensi belakang monoshock dengan lengan ayun aluminium dan lampu kecemasan.

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 04

Ciri-ciri lain yang dikongsikan ketiga-tiga varian adalah ketinggian pelana 815 mm, set roda 100/80-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang) dan tangki bahan api sebesar 11 liter.

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 05

Begitupun itu varian Yamaha YZF-R15M dan YZF-R15M WGP 60th, ia ditambah dengan pelbagai lagi 'jajan' menarik seperti teknologi 'Quick Shifter', 'Traction Control System' (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, YZR-M1 Styled Triple Clamp, YZR-R1 Styled Full Digital Speedometer dan Big Bike Engine Switch Off.

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 06

Menariknya, teknologi berkenaan kebiasaannya hanya dipadankan dengan jentera berkuasa tinggi.

Juga baca: Warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 2021 di pasaran tempatan, Silver, harga kekal RM 11,988!

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 07

Dan bagi memberikan rasa yang lebih istimewa, corak pelana kedua-dua varian teratas itu juga dikemaskan dengan motif karbon istimewa (Special Seat Carbon Motifs).

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 08

Untuk berat kasar pula, varian YZF-R15 V4 adalah 137 kg manakala varian YZF-R15M adalah 140 kg.

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 09

Tech Black

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 10

Icon Blue

Pilihan warna, varian dan harga adalah seperti berikut: 

Yamaha YZF-R15 Connected 2021

  • Icon Blue, Tech Black - Rp. 38,900,000 (RM 11,442)

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 11

Yamaha YZF-R15M Connected – ABS

Yamaha YZF-R15M Connected – ABS

  • Rp. 43,500,000 (RM 12,795)

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 12

Yamaha YZF-R15M Connected – ABS WGP 60th 2021

Yamaha YZF-R15M Connected – ABS WGP 60th 2021 

  • Rp. 44,100,000 (RM 12,977)

Sebagai negara di mana model Yamaha YZF-R15 boleh dikatakan cukup laris, kehadiran Yamaha YZF-R15 V4 2021 di Malaysia sememangnya amat dinanti-nantikan.

Juga baca: Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic

Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya? 13

Sebagai info, Yamaha YZF-R15 V3 2021 baru saja mendapat pilihan warna baharu di pasaran tempatan iaitu Silver pada April lalu dengan harga yang ditawarkan Hong Leong Yamaha Motor kekal RM 11,988.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda